Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

Nilai Khasiat Susu Lebah & Fungsinya


Susu lebah mengandungi bahan-bahan berkhasiat tinggi seperti berikut:

1. PROTEIN : terdapat hampir 30 asid amino, iaitu bahan yg terhasil akibat pecahan protein
2. BAHAN GALIAN: terdapat 11 jenis bahan galian yg diketahui
3. ENZIM & HORMON : termasuk hormon seks yg biasanya dibebaskan drpd suprarenal di atas buah pinggang ( ginjal)
4. VITAMIN : A. B. D. E. kumpulan vitamin B kompleks paling kaya iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, B12

Sebagai tambahan kpd bahan-bahan berikut, beberapa bhn istimewa juga terdapat dlm susu lebah seperti yg disenaraikan :

1. 10-HDA : Asid 10-hidroksi Desenoik yg diketahui berfungsi merencat atau membantutkn pertumbuhan TUMOR (BARAH). Hanyalah susu lebah mengandungi bahan istimewa ini
2. PEPTIDA & INSULIN : sejenis bahan yg mempunyai ciri-ciri yg amat berfaedah bg penghidap kencing manis
3. KOLAGEN : membantu memulihkn kekenyalan otot. Sangat diperlukan oleh wanita bg memelihara kecantikan, terutama wanita yg baru melahirkn anak
4. ASETILKOLIN : mengekalkan limpa agar berada dlm keadaan normal
5. PAROTIN : memulihkan sel-sel badan, melambatkan proses penuaan 80% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan wanita mengidap pelbagai jenis penyakit seperti berikut :

a. Senggugut
b. Keputihan
c. Barah Pangkal Rahim
d. Barah Payudara
e. Haid tidak teratur
f. Tiada zuriat

Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit seperti :

Kencing manis, Migrain, Barah usus, Barah otak, Gaut Dan pelbagai penyakit kronik

TESTIMONIAL

1. KEHILANGAN KEMAHUAN SEKS

Seorang lelaki british yg menghidap sawan terjun serta kehilangan kemampuan seks telah memulihkan kesihatannya setelah memakan susu lebah selama 2 bulan.

2. PENYAKIT KULIT

Seorang pemuda di Singapura mempunyai parut hitam di paha yang membuatnya berasa gatal. setelah menjalani rawatan doktor, didapati penyakitnya merupakan suatu penyakit WARISAN yg tidak dapat diubati. Setelah mengambil 5 kotak susu lebah, parutnya dapat disembuhkan kira-kira 80%.

3. PENYAKIT ASMA

Seorang perantau Tionghua, Cik Fu Luk Kuan yg tinggal di Malaysia telah menghidap penyakit asma selama 3 tahun yg tidak dapat diubati doktor. Pengambilan susu lebah telah menyembuhkannya.

4. SENGGUGUT

Bagi seorang gadis England, setiap kali kedatangan haid merupakab penyeksaan besar kerana dia akan mengalami senggugut. Tetapi setelah mengambil susu lebah selama 3 minggu, dia tidak lagi mengalami senggugut.

5. MENCEGAH SEL-SEL KANSER DARI MEREBAK

Seorang wanita di Seremban telah disahkan menghidap kanser & sel-sel kanser itu telah merebak luas di sekeliling paru-parunya. Tetapi, setelah mengambil 20 bungkus susu lebah, pancaran sinar-X menunjukkan sel-sel kansernya hanya tertumpu pada suatu tempat kecil di bahagian paru-paru. Ini membuktikan bahawa susu lebah dapat mengawal sel-sel kanser dari merebak.

6. MENINGKATKAN PELUANG HAMIL

Dua pasang suami isteri di Malaysia yg telah berkahwin beberapa tahun masih belum mempunyai anak. Tetapi setelah memakan susu lebah, isteri menunjukkan kesan positif iaitu hamil.

7. PENYAKIT BUASIR

Seorang lelaki di malaysia yg telah membelanjakan beribu-ribu ringgit bg mengubati penyakit buasir di hospital tetapi masih tidak sembuh. Setelah mengambil susu lebah, penyakit itu dapat diatasi sama sekali

8. PENYAKIT GASTRIK

Gastrik boleh menyebabkan barah pencernaan di usus dan boleh disembuhkan dengan memakan susu lebah

9. PEMULIHAN KEKENYALAN OTOT

Seorang wanita Amerika, Irene Stein, merupakan pengguna setia susu lebah dan telah menjalani pembedahan di bahagian perut. Anehnya, lukanya cepat sembuh dan beberapa hari kemudian dia dapat bekerja seperti biasa. Terbuktilah susu lebah dapat membantu pertumbuhan otot dan pemulihan luka.

Daripada kajian testimoni itu tadi, keberkesanan susu lebah amat luas sehingga tiada batasnya. Ia benar-benar penyegar manusia paling sempurna di dalam dunia ini.

SUSU LEBAH SEBAGAI PEMELIHARA KECANTIKAN

Susu lebah mempunyai khasiat yg berfungsi:

PELBAGAI HORMON : menyeimbangkan perembesan hormon tisu badan, meredakan urat saraf, membantu metabolisme, menghidupkan sel-sel dan memuluhkan fungsi-fungsi rahim

KOLAGEN : memulihkan kekenyalan otot, mencegah kulit dari berkedut

VITAMIN B KOMPLEKS : memastikan pertumbuhan sel-sel secara berturut, memperbaharui otot-otot, menyuburkan kulit, melambatkan proses penuaan agar kelihatan sentiasa muda

PROTEIN : menguatkan fungsi limpa supaya otot kulit kelihatan lebih asli, anjal dan berseri-seri

Kecantikan semulajadi merupakan impian setiap wanita. Dengan memakan susu lebah, impian ini akan menjadi kenyataan. Itulah sebabnya kenapa Perdana Menteri England, Margaret Thatchet turut memuji keistimewaan susu lebah dan mengatakan " Rahsia pemeliharaan kecantikan saya adalah bergantung kepada susu lebah!"

SIAPA YG PERLU MENGGUNAKAN SUSU LEBAH?

1. Mereka yg menaruh perhatian terhadap kecantikan & wajah muda mereka
2. Anak-anak lemah & kurang makan
3. Para eksekutif yg sibuk & stress
4. Ibu yg hamil, ibu yg menyusui
5. Para siswa yg sedang belajar utk peperiksaan
6. Para pesakit yg sembuh dr penyakit yg parah
7. Mereka yg ingin melambatkan proses penuaan (30-40 tahun keatas)
8. Wanita yg sedang mengalami menopouse
9. Mereka yg memiliki tubuh yg rendah daya tahan penyakit
10. Mereka yg sedang pantang memakan daging ( susu lebah mengandungi sumber yg sangat kaya akan protein haiwan

Penyakit & Simptom

Jenis-jenis penyakit & Tindakbalasnya

Penyakit
Tanda-tanda
Kesan Tindak Balas
(Tanda pemulihan)
Catatan Kesihatan

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
Lemah semangat.
Lenguh bahagian bahu.
Sukar tidur malam.
Mata merah sebam.
Sering sakit kepala.
Leher rasa tegang.
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).
Biasanya tekanan darah akan turun selepas mengambil jus.
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan kerja terlalu berat
Tenangkan perasaan.

Tekanan Darah Rendah
Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.
Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir
Berak berdarah.
Dubur berasa sakit di bahagian luar dan dalam.
Berak berdarah.
Kurangkan makanan pedas dan berasid.
Makan makanan berserat (gentian).

Kencing Manis
Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.
Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.
Keadaan penyakit akan berunsur-ansur pulih.
Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 3 hingga 4 botol (500ml)
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan bekerja terlalu berat.
Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
Luka lama di sendi berasa sakit.
Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
Sendi rasa sakit
Badan jadi panas.
Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

Reumatisme
Berasa sakit sebelum hujan.
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
Kadar metabolisme menjadi lemah.
Bertambah sakit
Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung
Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
Sesak nafas
Cendawan merah mempunyai kuasa yang cukup berkesan bagi menghilangkan sekatan dalam saluran darah (thrombosis)
Merangsang dengutan jantung menjadi cepat.
Rasa sakit di dada
Muka menjadi merah selama 2 - 4 hari.
Kebas di lengan atas tangan kiri.
Kurangkan makanan berlemak, kolesterol.
Jangan minum arak.
Kurangkan merokok.
Masa tidur yang cukup dan bangun awal.

Lumpuh
Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
Pergerakan badan tidak lancar.
Gangguan ingatan
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
Sakit dan pening kepala.
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar, perlu rehat sepenuhnya untuk mengelakkan "stroke"

Ulser Gaster
Sakit di ulu hati.
Pedih di dalam perut.
Tekak rasa pahit ketika sendawa.
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
Seram sejuk
Perut rasa pedih
Berlaku cirit-birit atau sembelit.
Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah
Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
Ketumbuhan (tumor) yang keras.
Keluar darah dan nanah.
Cendawan merah boleh kurangkan rasa sakit.
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

Makan banyak sayur-sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

Asma, Penat / Lelah
Pernafasan tidak lancar.
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
Batuk terutamanya waktu pagi
Bertambah tenat selama 2 - 3 hari.
Kadangkala muntah.
Keluar kahak.
Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml)
Kurangkan makanan mentah dan minuman sejuk.
Jangan kerja keras.
Boleh menambahkan dosej

Batu Karang
Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
Bertambah sakit.
Air kencing berkapur.
Kencing berdarah.
Jangan menahan kencing.
Kurangkan makanan berkalsium.

Jerawat
Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
Biji-biji di muka mengandungi nanah
Jerawat keluar lebih banyak kerana semua keracunan yang terkumpul disingkirkan.
Selepas pembuangan toksin, kulit muka menjadi licin dan cerah.
Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
Tidur yang cukup.
Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)
Seluruh badan terasa letih.
Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.
Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
Telinga berdengung.
Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.
Kerap buang air kecil.
Sakit di bahagian pinggang.
Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.
Minum air sedikit demi sedikit.
Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis
*Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
Seluruh badan terasa letih.
Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.
Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Telinga berdengung.
Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.
Buang air kecil lebih lancar.
Selepas 3 - 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
Selepas sekurang-kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
Minum air sedikit demi sedikit.
Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

Badan Berasid Tinggi
Badan sentiasa berasa panas
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
Mudah letih dan kurang bersemangat
Selalu berasa mengantuk.
Badan menjadi panas.
Rasa dahaga.
Air kencing berwarna perang.
Kerap kentut.
Cendawan merah cukup berkesan untuk menyingkirkan racun dari badan.
Mengimbangkan paras pH badan.

Hepatitis A, B & C
Badan lemah
Demam
Air kencing berwarna kuning perang.
Najis berwarna putih.
Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
Muntah
Perut rasa sesak
Kurang selera makan
Sakit-sakit sendi
Tanda-tanda akan terus berkurangan
Semangat pulih kembali
Semakin berselera.
Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan
Jangan kerja teruk selama dua bulan
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

Neurosis
(Sakit jiwa ringan)
Selalu rasa bimbang dan was-was.
Hilang konsentrasi
Menjadi pelupa
Mudah letih
Kadangkala tangan menggigil.
Sukar tidur pada waktu malam
Cepat marah
Senang tidur selepas dua minggu
Berasa segar selepas bangun tidur.
Perasaan tenang
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.
Tenangkan perasaan
Ambil mudah dalam masalah harian
Jangan banyak merancang dan berfikir.

Resdung
Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
Kurang deria bau (hidu)
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
Hidung cukup sensitif / alahan.
Hidung menhadi semakin sebu selama 3 - 7 hari
Berkesan selepas dua minggu
Badan agak panas
Kesan pemulihan akan dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml)
Cendawan merah sangat berkesan untuk resdung
Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan.

Anemia
(Kurang darah)
Selalu pening kepala
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Muka pucat
Badan lemah
Keluar darah dari hidung.
Pening kepala
Permakanan seimbang
Tambahkan makanan berzat

Psoriasis
Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.
Keluar lebih banyak
Berkesan selepas dua bulan
Tenangkan perasaan
Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
Selalu bersihkan kawasan persekitanran
Berjemur.

Kaki busuk (Hongkong Foot)
Disebabkan serangan fungus (kulat)
Mudah terjadi semula
Selalu berlaku perasaan terganggu
Mula-mula berasa gatal
Keluar air bisa
Kulit menjadi normal semula selepas dua bulan
Sering tukar sarung kaki
Tenangkan perasaan

Beguk
(Gerondong)
Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
Makan banyak dan kerap.
Pembengkakan kelenjar liur
Pipi bengkak
Demam
Mula berkesan selepas 1 - 2 bulan
Selera makan menjadi normal
Permakanan seimbang.

Sawan
(Penyakit Tarik)
Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
Menjadi tarik secara tiba-tiba
Mulut berbuih
Menjadi bertambah teruk
Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
Pesakit tidak boleh melakukan aktiviti / kerja yang merbahaya.

Kulit Sensitif
Terjadi tompok merah di kulit
Kulit gatal / sakit
Tindak balas menjadi semakin teruk selama seminggu
Boleh makan Jus Cenkudu bersama-sama ubat barat.


Gastrik
Sakit ulu hati
Pedih didalam perut
Tekak rasa masam ketika sendawa
Seram sejuk
Perut pedih
Berlaku cirit-birit atau sembelit
Cendawan merah mampu merangsangkan fungsi penghadaman perut dan dapat menguatkan usus secara berkesan

Keracunan Mono Sodium Gulamate (MSG)


“Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

“Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

Oleh itu, katakanlah tidak kepada MSG. Percayalah pada kelebihan masakan anda, kerana andalah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan keluarga tersayang!

Basuh Tangan

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.


Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya.... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya cuba nak tunjuk kepada Member saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu...

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak... terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :-

* Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru..
* Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
* Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
* Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing

1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua..

Tips Mengelak dari Penyakit

Berikut ialah cara-cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan seumpamanya
yang berkaitan dengan kesihatan yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan
pengamal perubatan Islam.


1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga
ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut
petunjuk Al-Qur'an akan lanjut usianya.

2. Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda
kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.

3. Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu,
jadikanlah ia kebiasaan anda.

4. Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di
makan beramai-ramai.

5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan,
makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan
dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.

6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang
panas itu tidak berkat.

7. Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih
rehat. Inilah nasihat yang baik.

8. Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan
makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah.
(Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu
mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama
mendapat berkat, jangan seorang diri saja).

9. Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti,
dan dalam sup.

10. Berus gigi dengan 'miswak' (berus gigi kayu yang biasanya dibuat
daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian berkumur -
kumur, kerana kedua - keduanya amalan ini adalah penjaga gigi.

11. Gunakan 'miswak' kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan
datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.

12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan
hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).

13. Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam
kumpulan.

14. Kurang makan kurang dosa.

15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul
gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis pokok yang
buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.

16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada
pangkal paha (sciatica).

17. Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.

18. Ketika Rasul SAW mikra'j, tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak
berkata, "Wahai Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam.
Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).

19. Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.

20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan
kerana berhutang.

21. Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya
berkata: "Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan
disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah".

Plastik dan Gabus


Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser.

Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjadi pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan, dan boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dikenali sebagai dioctyl phthalate (DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem percernaan.


Benzen ini juga tidak boleh dikeluarkan melalui feses (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku gejala penyakit kanser.

Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu yang tinggi, pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan. Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang tinggi. Tambah pula, bekas plastik ini mengandungi DOP serta lozam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik.

DOP memang digunakan secara meluaskan dalam proses menghasilkan plastik. Penggunaan DOP dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di dalam polimer untuk menambahkan fleksibiliti dan daya kestabilannya.

Selain efisyen, DOP juga memberikan kelikatan yang stabil pada PVC. Selain daripada itu, penggunaan DOP, khususnya pada pembungkusan makanan dan ubat-ubatan atau barang mainan kanak-kanak juga menimbulkan masalah. Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut menggugat kesihatan manusia.

Stirofom juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas stirofom bersifat larut lemak dan alkohol. Oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat simpanan susu yang mengandungi lemak tinggi dan kopi yang dicampurkan dengan krim.

Kemelut Satu Telur

Soalan:

SAYA ingin kepastian adakah seorang lelaki yang hanya mempunyai satu telur dianggap tidak subur berbanding lelaki normal yang sepatutnya mempunyai dua telur? Adakah ia simptom kemandulan dan dianggap sebagai penyakit? Saya juga ingin tahu peratusan untuk lelaki yang menghadapi masalah ini mendapat zuriat?

YUS, Kangar Perlis

Jawapan:



Lelaki yang mempunyai sepasang buah zakar dalam kerandut berukuran lebih daripada 10 ml (mengikut ukuran Praders Orkidometer) sebiji dianggap normal dan mampu hasilkan sperma.

Ada lelaki yang mempunyai sebiji buah zakar. Ini bukan petanda mutlak yang lelaki itu mandul. Jika buah zakarnya mempunyai saiz normal, dia berkemampuan subur. Buah zakar yang ‘hilang’ itu mungkin ada berdekatan kerandut atau dalam perut serta mungkin tidak berfungsi kerana kedudukan itu tidak sesuai untuk ketumbesarannya.

Jika lelaki yang mempunyai satu buah zakar itu mahu kepastian mengenai kemampuannya menghasilkan sperma, dia boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian air mani. Jika ada masalah, pemeriksaan susulan boleh dilakukan doktor seperti ujian hormon kesuburan FSH dan terbukti benar, rawatan sewajar akan diberikan.

Kini, ada rawatan moden untuk mengatasi masalah kesuburan lelaki. Selain ubat, ada kaedah bantuan konsepsi seperti bayi tabung uji dan ICSI (menyuntik sperma dalam telur) yang boleh membantu. Jangan berputus asa.

Petua Menyembuhkan Ketuat

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

1) Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.

2) Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

3) Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

4) Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

rasanya yang ni menjadi

5) Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

ni yang aku jumpa kat tenet cubalah

aku dulu ketuat kat kaki..lepa cakap ketuat ni jadi pasal kena darah ayam..tul ke?
aku buang pakai pisau ja

Penyakit & Penawar



1.Menurunkan Darah Tinggi

- Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Makanlah biji buah Peria.
- Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
- Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
- Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
- Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

2. Kencing Manis

Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

3.Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik

Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

4.Tajamkan Penglihatan

Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

5. CARA ELAKKAN STROKE

a) Modify behaviours!! (paling penting!)
-dont smoke
-lower Blood pressure
-lower cholesterol
-NO alcohol
-control diabetes

b) Exercise

c) kekalkan berat badan yg seimbang

d) makan byk buah2an, sayur2 eg:broccoli, kobis, cauliflower atau minum juice

e) Kalo tuk org yg ade high risk of stroke, Dr akan kasi ubat2 tuk prevent stroke attack


Stroke, kalau dikesan awal dan dirawat secepat mungkin boleh tuk dikurangkan kerosakkan otak yg dah berlaku tu.. FYI, bila ade blockage kat salur darah ke bahagian otak tertentu, bahagian tu cume leh survive less than 5 min sblm irreversible damage berlaku.. Tp kalo rawatan segera diberi, kawasan surrounding kawasan yg dah rosak tu boleh diselamatkan lagi..

Kesimpulannye terutama kpd lelaki yg merokok, prevent stroke yg boleh mengakibatkan mcm2 disabilities eg: coma, lumpuh, etc.

Tips Kesihatan Dan Kecantikkan Untuk Wanita 30-an


Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Tuesday, December 9, 2008

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.Bahan ini akan membentuk
crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat
dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Pelbagai kanser tulang

Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam
KANSER (barah) tulang utama (primary) boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang, tulang rawan dan dari bahagian tisu fiber. Kanser tulang jenis kedua (secondary) pula adalah sebahagian besar kanser tulang yang berasal daripada bahagian lain badan selain tulang akibat penyebaran sel kanser (metastatik).

Kanser tulang metastasik boleh berasal daripada bahagian badan lain, kebanyakannya berasal daripada prostat, payudara, paru-paru, buah pinggang, usus besar dan kelenjar tiroid. Selalunya punca kanser tulang terjadi adalah tidak diketahui. Kadangkala, kanser tulang juga mungkin berkaitan dengan radiasi berion (ionizing radiation).

Antara faktor-faktor lain yang boleh menggalakkan kejadian kanser tulang adalah:

* Penyakit Paget

* Fibrous dysplasia

* Retinoblastoma (genetik)

* Sindrom tertentu seperti penyakit Gardner dan penyakit Ollier

Kanser tulang primary

Kira-kira 40 peratus kanser tulang jenis ini adalah berbahaya (malignan) sementara 60 peratus lagi tidak berbahaya (benign). Contoh kanser tulang primary yang benign adalah seperti osteochondroma, sel tumor gergasi, chondroma dan osteoid osteoma. Contoh kanser tulang yang berasal dari tisu fiber pula adalah sista (cyst) tulang ringkas, sista tulang aneurysmal dan fibrous dysplasia.

Kanser tulang primary yang malignan pula terdiri daripada osteosarcoma, chondrosarcoma, Ewing‘s tumour dan malignant fibrous histiocytoma. Kanser tulang primary selalunya berlaku pada pesakit yang muda, terutamanya antara umur 10 hingga 25 tahun dengan lebih kurang 80 peratus berlaku di bahagian sendi lutut.

Kanser tulang primary malignan jarang berlaku dan hanya merangkumi kurang satu peratus daripada semua kematian yang melibatkan kanser yang malignan. Punca terjadinya kanser tulang malignan tidak diketahui tetapi kanser tulang benign kadangkala boleh menjadi malignan.

Primary, benign

Osteochondroma

Kanser tulang jenis ini berasal dari bahagian tulang rawan dan boleh tumbuh hanya satu atau banyak secara serentak (juga dikenali sebagai penyakit Ollier atau exostoses). Selalunya benign, kanser tulang ini boleh berlaku pada sebarang usia, kebanyakannya pada usia muda. Ia boleh tumbuh kecil dan kemudian saiznya semakin besar, selalunya berada pada sisi sendi dan tidak sakit. Sekiranya saiznya semakin besar, kesakitannya juga mungkin bertambah dan bilangannya menjadi banyak serta kemungkinan besar akan menjadi malignan. Gambar X-ray akan menunjukkan ‘stippled calcification’ pada bahagian yang terlibat.

Osteoid osteoma

Kanser tulang jenis ini merangkumi 10 peratus bilangan kanser tulang yang benign. Kanser ini selalunya berlaku antara umur 10 hingga 20 tahun, dan jarang berlaku pada mereka berumut lebih 30 tahun. Kanser jenis ini juga lebih kerap berlaku pada lelaki dengan nisbah 3:1 berbanding golongan wanita. Selalunya 28 peratus ketumbuhan kerap berlaku pada tulang paha (femur), tibia (25 peratus), tulang belakang (10 peratus) dan humerus (tulang lengan atas).

Pesakit akan mengalami kesakitan dan bengkak pada tulang yang terlibat, selalunya semakin teruk pada sebelah malam tetapi rasa sakit boleh menjadi reda dengan mengambil ubat tahan sakit. Radiograf pada tulang yang terlibat selalunya menunjukkan ‘radiolucent lesion’ yang berbentuk bulat (nidus), berukuran satu sentimeter dan dikelilingi kawasan dikenali ‘dense sclerosis’.

Sista tulang ringkas

Sista jenis ini kerap terjadi pada bahagian metaphysis tulang humerus atau tulang paha tetapi sebab ia terjadi masih tidak diketahui.

Imbasan X-ray akan menunjukkan kawasan radiolucent di bahagian yang berlakunya tumor dan pesakit selalunya hadir dengan rasa sakit pada tulang yang terlibat atau sakit yang teruk akibat tulang tersebut patah.

Ewing‘s sarcoma

Kanser tulang jenis ini jarang berlaku dan hanya merangkumi lima peratus kanser tulang yang malignan. Ia paling kerap berlaku pada kanak-kanak biasanya antara umur lima hingga 20 tahun, selalunya pada tulang pelvis, tulang kaki, sendi bahu dan tulang rusuk. Pesakit akan mengalami kesakitan, bengkak dan juga demam sementara gambar X-ray akan menunjukkan kawasan dikenali ‘moth-eaten lesion’.

Malignant fibrous histiocytoma

Kanser jenis juga jarang berlaku dan lebih cenderung menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak. Ia biasanya terjadi pada tulang femur, tibia dan humerus.

Diagnosis

1) Radiografi

-X-ray adalah paling utama, digunakan untuk menentukan bahagian tulang yang terlibat, sama ada satu tulang sahaja atau banyak. Ciri-ciri yang terdapat pada X-ray boleh menentukan jenis kanser tulang (primary atau metastatik, benign atau malignan) pada bahagian yang terlibat.

2) Imbasan tulang

-Untuk menentukan keadaan (extension) kanser tulang tersebut, sama ada satu atau banyak, atau berada di bahagian tulang yang lain.

3) Imbasan CAT (computerized axial tomography) atau MRI (magnetic resonance imaging)

* Imbasan CAT untuk menentukan sama ada bahagian kanser tulang melibatkan bahagian ‘cortical’ tulang, menentukan sejauh mana kanser tersebut berlaku dan menentukan sama ada tulang yang terlibat patah atau tidak.

* MRI boleh menentukan kawasan tisu yang terlibat sama ada melibatkan kawasan ‘intra-medullary’ dan juga kawasan yang mengalami pembengkakan.

4) Biopsi

* Biopsi boleh dilakukan, biasanya untuk kanser tulang yang malignant. Biopsi dilakukan bagi mendapatkan sebahagian tisu dari bahagian tulang yang terlibat dan diperlukan untuk doktor membuat diagnosis yang tepat supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan.

Setelah imbasan CAT atau MRI dan juga biopsi bahagian tulang terlibat dijalankan, pengelasan kanser tulang dapat dilakukan dan rawatan bersesuaian dapat diberikan.

Rawatan

1. Pembedahan meruapakan cara rawatan paling berkesan untuk sebahagian kanser tulang primary yang benign. Sista tulang pula memerlukan rawatan ‘curretage’ dan graf tulang (bone grafting).

Bagi kanser tulang yang berasal dari tulang rawan seperti osteochondroma, ketumbuhan berkenaan perlu dibuang melalui pembedahan dengan tujuan untuk mengelakkan tulang patah, mengurangkan kesakitan dan mengelakkan dari menjadi malignant kelak.

Kanser tulang jenis osteoid osteoma juga memerlukan rawatan secara pembedahan untuk membuang bahagian ‘nidus’ untuk mengurangkan bahagian yang mengalami kesakitan.

Kanser sel tumor gergasi (giant cell tumour) pula memerlukan rawatan yang lebih agresif. Rawatan pembedahan seperti ‘curettage and bone grafting’ biasa dilakukan, tetapi terdapat 60 peratus kemungkinan ia boleh berulang. Kaedah radical curettage boleh mengurangkan peratusan kanser ini berulang sehingga serendah 15 - 20 peratus sahaja. Selain itu, pemotongan bahagian yang terjejas (amputasi) atau pemotongan dan pembentukan semula tulang juga boleh dilakukan.

2. Rawatan untuk kanser tulang primary yang malignant adalah lebih rumit serta sukar dan memerlukan penyiasatan rapi dan biopsi dilakukan. ‘Surgical staging’ diperlukan bagi menentukan cara rawatan yang terbaik.

* Pembedahan (amputasi atau ‘limb salvage’) adalah bergantung kepada pengelasan (surgical staging) bahagian kanser tulang yang terlibat.

* Pembentukan semula bagi menggantikan bahagian tulang yang dibuang (diaphyseal defect) boleh dibuat dengan graf tulang (autograft atau allograft). Bahagian tiruan (custom-made prosthesis) boleh juga digunakan untuk menggantikan bahagian kanser tulang yang telah dibuang.

* rawatan lain seperti radioterapi dan kemoterapi sering dilakukan untuk sebahagian besar kanser tulang yang malignan. Kemoterapi juga menjadi rawatan sampingan moden utama untuk osteosarcoma.

Elak buasir dari merebak

Ingin mengelakkan diri dari buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada buasir.

Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari buasir:

1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada buasir.

2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam

3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.

4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Kenali punca dan bahaya strok

Kenali punca dan bahaya strok

Umumnya tidak ramai di kalangan masyarakat kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan sesuatu penyakit dengan mendalam. Sehingga dihidapi sendiri atau di kalangan ahli keluarga, baru ada kesedaran untuk mengkaji punca, kesan dan langkah mengatasinya.

Kurangnya matlamat atau pengetahuan berhubung sesuatu penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan. Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka menjalani proses pemulihan yang betul, tepat dan cepat.

Meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan kompilasi akibat penyakit ini. Proses pemulihan yang tidak sempurna menyebabkan hampir sebahagian besar pesakit tidak dapat dipulihkan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pesakit untuk pulih semakin nipis.

Fungsi otak terjejas

Pensyarah di Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Raymond Azman Ali berkata, strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba. Ia diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat dan pecah seterusnya menyebabkan pendarahan. "Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak terjejas seperti fungsi otak yang berkaitan dengan percakapan, penglihatan dan pergerakan seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko. Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang tinggi," katanya.

Dr Raymond menjelaskan bahawa hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah penyebab tunggal paling biasa bagi strok. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi risiko menghidap strok yang jauh lebih tinggi berbanding serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan. "Apabila tekanan darah meningkat, beban pada arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban ini akan menyebabkan arteri semakin keras dan sempit, satu proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi semakin lemah menyebabkan ia pecah. Akibatnya ialah serangan strok berdarah (strok hemoragik)," katanya.

Dr Raymond berkata, orang yang mengalami sakit jantung koronari berhadapan dengan risiko dua kali ganda lebih tingi berbanding orang sihat yang menghadapi strok. Jantung yang berdenyut secara tidak seragam atau yang bengkak, sama ada yang dengan injap yang sempit atau tidak berfungsi juga menjadi sumber gumpalan darah pada otak. Ini adalah satu proses yang dinamakan embolisme yang menjadi punca strok iskemia. "Strok iskemia ialah strok yang disebabkan oleh salur darah yang tersekat yang tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak," katanya.

Menurut beliau lagi, kencing manis, walaupun boleh dirawat juga meningkatkan risiko seseorang mengalami strok. Ini kerana kencing manis menyebabkan arteri mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan lagi risiko bagi penghidap kencing manis.

Merokok juga satu faktor

Merokok juga satu lagi faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah. Namun demikian, punca strok daripada merokok boleh dicegah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok," jelas Dr Raymond.

Strok tidak mengenal usia. Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan bahawa usia memainkan peranan penting dalam profil pesakit strok. Walaupun strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia, lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun.

Memandangkan proses penuaan tidak boleh dihentikan, warga tua boleh mengurangkan risiko dengan mengawal gaya hidup dan pemakanan mereka. Satu perkara yang menarik tentang penyakit ini ialah, walaupun strok lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita, kebarangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. Penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan membawa risiko khusus kepada wanita.

"Keturunan dan bangsa ialah faktor yang turut boleh menentukan tahap risiko seseorang terhadap strok. Seseorang berisiko tinggi menghidap penyakit ini sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga terdekat mengalaminya. Sepuluh peratus daripada kematian di negara-negara maju adalah disebabkan strok.

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika berkulit hitam lebih tinggi diserang strok berbanding penduduk berkulit putih. Di China pula, penyelidikan mendapati bahawa penduduk di bahagian utara China mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk di bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut.

Di Malaysia, pada tahun 1997 sahaja, 68.38 per 100000 populasi menghidapnya dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina, diikuti Melayu dan India. Dr Raymond turut menyatakan bahawa rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri.

Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak daripada lebih teruk. Amalkan gaya hidup sihat

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ia boleh terdiri daripada bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan. Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup sebaik mungkin.

Menurut Dr Raymond lagi, penggunaan vitamin perangsang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan. Secara keseluruhan, serangan strok mungkin boleh dicegah menggunakan pendekatan dua cabang iaitu pendidikan umum dan pengurusan faktor-faktor risiko.

Pendidikan kesihatan adalah penting dalam usaha menentang strok. Ramai yang masih jahil tentang perkara ini. Dalam hal ini, perkara penting yang perlu diubah ialah gaya hidup dan pemakanan. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sederhana atau mengenepikan tabiat buruk seperti merokok atau minum alkohol serta mengelakkan tekanan dan berat badan berlebihan. Senaman selama 30 hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan yang berlebihan.

Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi. Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan darah. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk susu.

Penjagaan kesihatan yang berterusan secara tidak langsung mengurangkan tahap risiko daripada diserang penyakit yang sering kali menjadi igauan golongan tua ini. Tidak terlambat untuk berusaha dari sekarang khususnya kepada generasi muda. Jangan sampai di usia tua, baru bermula. Jika tidak, usah diharap kita akan ditolong oleh anak-anak jika sudah terlantar di katil kerana ditakuti mereka menanti saat-saat kematian sahaja.

Tanda2 Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.

(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
____________ ____

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan

(2) Alkohol

(3) Sinaran cahaya matahari

(4) Pengambilan ubat

(5) Perokok yang tidak aktif

(6) Tembakau

(7) Radiasi

(8) Pekerjaan

(9) Pencemaran air dan udara

(10) Keturunan

Sindrom Menggoncang Bayi Pembunuh Tanpa Disedari

BAYI anda asyik menangis biarpun sudah diberi makan dan minum secukupnya. Sebagai ibu bapa anda akan sedaya upaya bersabar menghadapi situasi itu. Lazimnya, anda akan memujuk bayi itu dengan mendodoi atau menggoncang tubuhnya dengan harapan anak itu berhenti menangis. Namun awas, jangan terlalu kasar atau asyik menggoncang kerana ada kemungkinan anda boleh menjadi pembunuh tanpa disedari. Ini kerana, berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi, terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak terkoyak atau pecah.


Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu boleh enyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?
Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara kecederaan serius di kalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap ibu bapa, penjaga mahupun pengasuh.

Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang dihantui perasaan marah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka tanpa belas kasihan dan simpati. Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa menyedari bahawa perbuatan menggoncang anak membahayakan kesihatan, seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila melihat anak kecil menangis tanpa henti.

Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akan hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat-peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.
Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.

Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun. Apakah perbuatan yang boleh membahayakan otak bayi?

1. Berulang kali menjulang anak kecil anda.

2. Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.

3. Membawa mereka menunggang kuda.

4. Memusingkan anak kecil anda.

Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?

1. Kerosakan otak.

2. Kecederaan tulang spinal.

3. Buta.

4. Kecederaan mata.

5. Sawan.

6. Patah tulang.

7. Terseliuh.

8. Kecacatan fizikal.

Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:

1. Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

2. Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.

3. Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.

4. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.

Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja atau sengaja?

Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor, adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan. Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.

Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan anda bergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan di dalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkara sebenar.

Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akan memberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkan nyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda menangis?

1. Letakkan anak anda di tempat selamat untuk beberapa minit.

2. Hubungi jiran atau rakan.

3. Tarik nafas sebanyak 10 kali, kemudian tarik nafas sekali lagi sebanyak 10 kali.

4. Buat sesuatu yang baik untuk diri anda, seperti memasang lagu, minum secawan kopi atau teh, bersenam ringan, mandi, membaca buku atau majalah.

5. Ubah kegiatan harian anda seperti, mencuci lantai, membersihkan permaidani, bersihkan sampah sarap yang mungkin ada di dalam rumah.

6. Duduk, tutup mata, fikirkan tempat yang menarik. Jangan ke mana-mana untuk beberapa minit.

7. Tulis 10 perkara menarik mengenai anda.

8. Catatkan 10 perkara menarik mengenai anak anda.

Rahsia Petua Melayu Lama (Untuk Wanita)

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Penyakit Pelupa

Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England
Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan
masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan
tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10
minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung
terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu
yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32
hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan
toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah,
menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan
baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12
hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula
darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti
ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
(sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai
antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk
sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air
panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan
kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas
sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis
minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh
dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat
baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

The Medical Benefits Of Positive Feelings

Jika kekecewaan emosi yg kronik itu racun kpd kesihatan, emosi positif pula merupakan penawar yang boleh menyembuhkan. Keceriaan atau kebahagiaan boleh memberi impak positif terhadap penyakit yg serius. Keberkesanan emosi positif ini terutamanya terbukti (secara tidak begitu ketara) mempunyai unsur penyembuhan setelah banyak kajian dijalankan ke atas sejumlah besar manusia.

Optimism vs Pessimism
---------------------
Sikap pessimistik (mudah berputus asa) boleh memburukkan tahap kesihatan seseorang manakala sikap optimistik pula berkait secara positif ke arah kesihatan yg lebih baik. Sebagai contoh, seramai 122 orang pesakit lelaki yg diserang serangan jantung utk pertama kali, telah dinilai akan tahap optimism/pessimism mereka. 8 tahun kemudian, kajian ke atas pesakit2 berkenaan menunjukkan bahawa: drp 25
pesakit tahap pessimistik tertinggi = 21 kematian drp 25
pesakit tahap optimistik tertinggi = 6 kematian

Di dalam kajian yg lain, pesakit2 yg menjalani pembedahan pintasan salur nadi (artery bypass surgery), mereka2 yg lebih optimistik didapati lebih cepat sembuh serta mengalami kurangnya komplikasi perubatan, tatkala dibedah dan juga selepas pembedahan berbanding mereka2 yg pesimistik.

Seperti sikap optimistik (yakin bahawa perkara2 baik akan berlaku - lawan kpd sikap mudah berputus asa iaitu pesimistik), hope (pengharapan) juga mampu menyembuhkan kesakitan. Mereka yg mempunyai tahap hopefulness yg tinggi, lebih mampu menghadapi kesulitan2 pengubatan.

Di dalam kajian terhadap pesakit2 lumpuh akibat kecederaan tulang belakang, mereka yg berharapan tinggi lebih mampu mencapai tahap pergerakkan fizikal yg lebih berbanding pesakit2 yg berkeadaan sama tetapi merasa tiada harapan utk sembuh. Pemuda yg berusia 20an yg mengalami kelumpuhan akibat kemalangan akan terus lumpuh seumur hidup jika dianya tidak berharapan utk segera sembuh. Sebaliknya, jika dia masih punya harapan utk sembuh, sekurang2nya dia akan berusaha secara bersungguh2 utk kembali berfungsi dari segi fizikal dan sosial.

Terdapat banyak penjelasan serta huraian tentang bagaimana sikap optimistik dan juga pessimistik boleh memberi kesan samada positif ataupun negatif terhadap kesihatan seseorang. Salah satu teori mencadangkan bahawa sikap pessimistik membawa kepada tekanan perasaan (depression) di mana depressi ini boleh mengganggu tahap daya ketahanan sistem imunisasi manusia terhadap tumor dan jangkitan penyakit (spekulasi yg masih belum terbukti sehingga kini).

Atau mungkin juga ianya kerana mereka2 yg pessimistik ini mengabaikan diri mereka sendiri di mana sebahagian kajian2 yg dijalankan mendapati orang yg pessimistik lebih kuat merokok dan meminum arak, kurang bersenam, berbanding mereka2 yg optimistik, dan mereka juga lebih cuai di dalam menjaga kesihatan mereka.