Sunday, October 12, 2008

Shah Rukh kini Datuk


11/10/2008

Oleh Amir Mamat



MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.

Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.

Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.

Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.

Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.

Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.

Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa.

“Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


Komen aku:

Kat Malaysia nie dah jadi satu amalan: Aku punya suka la. Suka hati nak bagi gelaran kat sapa2 yang dier nak. Gelaran Datuk nie dah jadi macam gula2. "Aku nak bagi kau title, ko amik la". Note: Penerimaan gelaran Datuk ini bermakna kerajaan Negeri Melaka akan membayar elaun Datuk kepada Shah Rukh Khan (SRK) sepertimana Datuk2 yang ada kat Malaysia nie. Patut x patut duit kita dilaburkan kepada orang asing. Kan ke bagus kita bantu orang2 Malaysia yang memerlukan bantuan. SENDRI MAU INGAT.

Friday, October 10, 2008

Cari Halfcut

ni ader tips skit cari hapkat

1) bukak radiator cap. pastikan air dalam tu hijau cantek punyer...lepas tu jangan tutup...biar jek terbukak...pastikan air dalam tangki spare cukup...

2) bukak oil cap. tgk keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan...kalau karat, maknanye enjin da lama tak hidup...kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus)sendri mau igt

3) tarik deep stick...lap 1x...tgk ade kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ade belang tu...maknanye enjin da lama tak idup @ minyak enjin lama tak tukar

4) kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...takyah amik...

5) biasanye hafkat, ade ejos separuh...korbankan skit tangan korang yg bersih tu, "colek" skit pada bahagian dalam ejos tu...tgk ade minyak ke tak...kalau ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknenye valve seal da bocor...

6) tgk mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ade banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, takyah amik...

8)apabila korang da betul2 puas hati ngan kriteria2 di atas, barula ko suh dia stat enjin...dengar dia punye autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke nih on...

9) kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh ko tau...tgk samada air dalam raditor tu, melompat keluar ke tak...kalau melompat jek...ko suh tokey tu matikan enjin, simpan balik hafkat tu, takyah amik...konpom banyak problem hafkat tu...lepastu ko biar je sambil tgk air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yg sama, tgk dekat ejos, mesti ade sedikit asap warna putih @ hitam (normal nih, sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ejos...ini tandenye....enjin tersebut berada pada tiptop condition...

10) perkara yg paling PENTING sekali masa beli hafkat nih, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar dia jalan dulu...lantakla kalau tak cukup minyak pun...suh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul2 dia punye idling, elok ke tak...

11) bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug da tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, hah, siap la korang kena hamun ngan tokey tu...

12) lepas tu...barula korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyale, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takde, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw2 punyer...

13) pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik...


yg penting sekali.....lepas idupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.

Prosedur Memohon Permit ICP Bagi Kenderaan Luar Negeri

Prosedur Memohon permit ICP bagi kenderaan luar negeri
http://www.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=65&Itemid=191

Prosedur Memohon permit ICP bagi kenderaan luar negeri
Peraturan bagi kenderaan dan pemandu asing yang memasuki Malaysia adalah berdasarkan Motor Vehicles (International Circulation ) Rules 1967. Walaubagaimanapun peraturan ini dikecualikan kepada kenderaan motor dari Singapura dan Brunei.
A. Syarat Kemasukan Kenderaan Persendirian

Kenderaan hendaklah berdaftar di negara asal
Mempamerkan nombor pendaftaran didalam huruf Roman. (nombor pendaftaran merah dari Thailand tidak dibenarkan masuk)
Mempunya perakuan pendaftaran kenderaan dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Mempunya perlindungan insurans Pihak Ketiga.(Insurans Malaysia)
Mematuhi peraturan dibawah Kaedah Pembinaan dan Peggunaaan 1959.
Cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 75% manakala cermin tepi dan belakang hendaklah telus cahaya tidak kurang 50%.
Mempunyai lesen memandu dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Penunggang motosikal diwajibkan memakai topi keledar.
Pemandu kereta atau van diwajibkan memakai talipinggang keledar.
B. Syarat Kemasukan Kenderaan Perdagangan
Semua kenderaan barangan dan perkhidmatan awam termasuk decontrolled (pick-up) perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP); Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Pengangkutan Jalan atau lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan.
Pemandu kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan decontrolled (pick-up) mesti mempunyai lesen Goods Driving Licance (GDL), Public Service Vehicle (PSV) dan Konduktor seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
C. Syarat Pengeluaran Permit Edaran Antarabagsa (ICP)

Mengemukakan borang JPJK9 dan syarat di atas dipatuhi. Borang permohonan adalah percuma.
Mematuhi dan diluluskan oleh pihak Pelabuhan Kastam Malaysia bagi membolehkan kenderaan terlibat dibawa masuk ke negara Malaysia. (jika kenderaan dibawa masuk melalui pelabuhan)
Tempoh sahlaku ICP ialah 90 hari dan boleh dilanjutkan atas kelulusan Pengarah JPJ Negeri yang berkaitan bagi tempoh tambahan 90 hari yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun.