JADILAH MANUSIA YANG PALING BAHAGIA
KEBAHAGIAAN PADA PERSPEKTIF AL-QURAN
Bahagia merujuk kepada perkara maknawi yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak boleh dinilai dengan wang, tidak dapat disukat dengan sebarang kaedah.
Bahagia merupakan kepada perasaan yang terletak dalam hati, kebersihan jiwa, ketenangan, kelapangan dan kedamaian.Ia lahir dari dalam diri manusia, bukannya boleh diada-adakan.Ramai manusia tersilap beranggapan bahawa bahagia itu terletak pada wang ringgit, rumah, pangkat dan keluarga.
Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 58 :
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
Kata al-Imam al-Kalbi ( t.t : 289 ), perkataan FadlulLah merujuk kepada Islam dan Rahmat pula merujuk kepada al-Quran.
Firman Allah lagi dalam surah al-An’am ayat 153 :
Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Firman Allah menjelaskan isu derita dan bahagia dalam surah Hud ayat 106-107 :
Maksudnya : “Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus”.
Firman Allah dalam surah Taha ayat 123-124 :
Maksudnya : “… sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Dalam ayat ke 97 surah al-Nahl pula Allah swt berfirman :
Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
KeBAHAGIaan Yang Sebenarnya, BERMULA DARI DIRI ANDA
Pastikan checklist di bawah untuk membolehkan anda menikmati erti kebahagiaan.
1. Banyakkan berfikir tentang nikmat Allah
2. Banyakkan syukur, Kata al-Imam al-Ghazali dalam Ihya` Ulumiddin , manusia tak bersyukur kerana 2 perkara iaitu jahil & ghaflat.
3. Banyakkan berdoa. Antara doa yang masyhur , Allahumma inni as`luka qalban mutma`innatan, tatmainnu biliqaika.Allahumma aqsim lana min khasyatika ma tahulu bihi bainana wa baina maksiaytik..( rujuk dlm buku 101 doa hadith2 sahih krg Zahazan Mohamed terbitan TelagaBiru Sdn Bhd)
4. Change the way of thinking.
5. Banyakkan senyum.
6. Memprogramkan minda sebelum tidur setiap hari .Orang yang cemerlang sentiasa meletakkan target untuk dicapai dalam sesuatu tempoh masa.Mereka akan mempastikan cara hidup yang berkualiti, penggunaan masa secara sistematik
7. Keep a journal.Write an ongoing list of the good things that happen to you everyday.
8. Remember to love your partner for who he or she is.
9. Hargai diri anda.
10. Jaga hubungan dengan Allah.
11. Mencari pedoman dari orang2 yang soleh yang dah berjaya memiliki rumahtangga yg tenang bahagia, anak2 yang soleh berjaya dlm akademiknya, dan indah molek akhlaknya.
12. Tell your partner, family , friends that you love them.Tell them when they do things well.Alitle praise never hurts and before you know that it you might be told that you’ve done things well too.You never know..
13. Tukar Rutin harian, bangun awal, cthnya utk beli barang2 keperluan rumah pada hari cuti, so bila kita pergi shopping, dlm perjalanan balik, kita lihat orang baru dtg, mereka tidur pagi tadi, jadi kita akan rasa hari yang lebih panjang.
14. Pergi bercuti, utk tenangkan fikiran.
15. Latih utk mengatakan tidak pada perkara yang anda tidak bersedia.
16. Libatkan diri dalam program2 amal yang dapat Bantu memeberi keringanan pd org lain.
17. Buat aktiviti yang agak berlainan selagi dibenarkan syara’.
18. Jalin Silaturrahim, ia merupakan salah satu factor berkat umur.
19. Jemput kawan-kawan datang ke rumah, adakan usrah dsb.
20. Phone, email and write to some old friends.
21. Enhance you mood with greenery.Cut some fresh flowers from the garden- or get up early, head to the markets and fill your homes with loads of cheap flowers, fruit and vegetables.
22. Lakukan aktiviti2 regangan, bersenam dan sedut udara2 bersih.Kata Dr Fadilah Kamsah dgn angka 7.
23. Pergi ke pantai, hutan frim supaya hati tenang.
24. Lakukan jogging dan exercise, org perempuan sekalipun spt sukan di Iran, disertai oleh org2 yg tutup aurat.
25. Tukar kedudukan meja, kerusi dlm rumah, change is as good as a holiday.
26. Don’t try to keep up with others.So your neighbours have a larger home,, the latest stereo system, a new car- who cares ? Look again.He works on weekwnds, and they never seem to see friends.Who’s better off, really?
27. Jangan layan perkara-perkara kecil yang tak menguntungkan kita(Orang yang agressif di jalan raya).
28. Bersihkan rumah kita, recycle barang yg tak diperlukan kepada charity foundation dll.
29. Jangan menangguhkan kerja, keran ia akan menyebabkan longgokan tanggungjawab, lagi susah utk memikulnya.
30. Bantu meringankan kerja org lain.
31. Makan makanan yg tidak menjadikan kita stess, spt daging merah banyakkan makan buah-buahan, cereal, sayur-sayuran dan daging putih.Jauh makanan yg mengandungi MSG.(Check di laman Web JAKIM,PPIM or CAP utk mengetahui detail)
32. Selalu datang ke majlis ilmu.Kerana dlm hadith sahih,rwyat Ahmad dan al-Nasa`eiy “ tidaklah berhimpun sesuatu golongan dlm majlis ilmu melainkan Allah akan melimpahi rahmat ke atas mereka...
33. Selaraskan matlamat.Suami bertanggungjawab mengajak isteri, anak-anak dan setiap individu dalam keluarga agar berfikir dan berdaya maju untuk pencapaian objektif hidup. Perkara ini mestilah selalu diingatkan supaya tidak ada yang keciciran dari landasan yang telah diletakkan bersama secara teamwork itu.
34. Banyakkan kerja secara berkumpulan supaya kita dapat menjayakannya secara lebih effisien.
35. Menerima diri seadanya tanpa syarat.
36. Tekaan positif jika tidak pasti.
37. Jangan cakap sahaja, tapi buat.Tony Fernandez ketika nak set up syarikat penerbangannya pernah diketawakan hatta oleh isterinya.Tapi dia konsisiten cuba mempertaruhkan dirinya, akhirnya terbukti apa yang diazamkan itu membeuahkan hhasil. Kita orang Islam patut memiliki daya juang yang lebih tinggi.
38. Tidak semestinya kita menang sepanjang masa.Ada keadaan kita kena mengalah dan alangkah baiknya jika kita win-win situation.Ini adalah petua *DMFK
BAHAGIA BERADA PADA HATI
Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat ke 28 :
Maksudnya : “"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
DOA-DOA MEMOHON KEBAHAGIAAN
Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu” .
Doa Memohon Ketetapan Hati
Maksudnya :" Ya Allah , Tuhan yang menunjukkan hati , tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu .
Maksudnya :" Ya Allah , Tuhan yang membolak-balikan hati , teguhkanlah hati-hati kami kepada agamaMu .
PENUTUP
Maksudnya: “ Maha suci Engkau , ya Allah , dan saya mengucapkan puji-pujian kepada Mu . Saya menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Engkau , saya mohon ampun serta bertaubat padaMu ”. [5]
*DMFK = Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah...
Thursday, December 4, 2008
Adab Menuntut Ilmu
ADAB MENUNTUT ILMU
1. Ikhlas . Contoh ikhlas : Pada zaman sebelum kita ketika sekumpulan tentera Islam di bawah pimpinan ketuanya mengepung sebuah kota.Pengepungan itu berlanjutan sehinggalah sebuah pintu kota itu berjaya dibuka, lantas panglima tentera meminta agar tentera yang berjaya membukanya tampil agar dianugerahkan dengan pingat.Tiba-tiba tiada seorangpun yang hadir.Menjelang malamnya seorang tentera telah dating ke khemah penglima tersebut ketika beliau sedang berqiyamullail.Tentera yang berpakaian lengkap dengan topeng besi menutup mukanya tersebut berjanji untuk mendedahkan identity orang yang bertanggungjawab membuka pintu kota itu dengan bersyarat iaitu syarat yang pertama dia tidak boleh memberitahu namanya.Syarat kedua ialah dia tidak boleh menampakkan wajahnya dan yang terakhir sekiranya personalitinya diketahui lambat laun, panglima dilarang memberikan apa-apa anugerah berupa penghargaan kepda tentera tersebut juga keluarganya.
2. Taqwa
3. Meletakkan matlamat
4. Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Al-Imam al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya, yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghimpunkan 1000 buah kitab.Anda belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramal.
5. Mentaati Ibu Bapa Dalam Perkara Kebaikan
6. Menghormati Guru Dan Menunjukkan Minat Terhadap Pelajarannya
Adab Pelajar Terhadap Gurunya.Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:
• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari .
• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
• Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
• Mendoakan kebaikan baginya.
7. Tidak berjaga sehingga larut malam tanpa keperluan.
8. Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia
9. Meninggalkan berkawan dengan orang yang buruk perangainya.Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Furqan :
Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
10. Meminta perlindungan Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 : Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
11. Menjaga Solat. Firman Allah swt dalam surah al-Mukminun ayat 1-2 : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
12. Menjauhi Perkara-perkara Yang Haram
Al-Imam as-Syafi’ie pernah mengadukan masalah lupa pada ilmu yang menimpanya kepada tuan gurunya, Waki’ .Beliau dingatkan agar meninggalkan maksiat dengan hujjah bahawa ilmu itu merupakan Nuur Allah, maka ia tak diberikan melainkan kepada mereka yang mematuhi perintahNya..
13. Berakhlak Terpuji
14. Kemas
15. Konsisten dalam Usaha yang dilakukan tanpa berputus asa.
Penulis buku ‘Being a happy teenager’, Andrew Mathews menerangkan kepentingan belajar secara konsisten di bawah hukum ‘The Law Of The seed’.Walaupun terdapat banyak benih dari buah-buah pokok epal, tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan tumbuh sebagai pokok epal.Demikian juga kita akan membeli sepasang kasut selepas mencuba hampir sepuluh pasang sebelumnya.Inilah peraturan yang dijadikan Allah.Kita mesti mencurahkan ‘effort’ sebelum mendapat hasil ‘harvest’.
16. Menolong Kawan-kawan
17. Berpegang teguh pada prinsip Yang Benar
18. Mempunyai Maruah & Mulia diri
19. Berhemah Tinggi
20. Berkawan dengan Sahabat Yang Baik
21. Sentiasa Mengingati Allah dan Membaca Al-Quran, Firman Allah dlm al-Quran : Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ( ar-Ra’d ayat 28 )
22. Menjaga Kesihatan Tubuh Badan
23. Memenuhi Waktu Kosong Dengan Perkara Berfaedah
24. Mengurus Waktu Dengan Baik Dengan Mendahulukan Kerja yang Paling Penting

Hari-hari Penting Dalam Islam
1hb Syawal
“Haram berpuasa pada hari ini” Puasa Enam(Sunnah) - Berpuasa 6 hari selepas Aidilfitri dalam bulan Syawal.
Berpuasa dibulan Ramadan, kemudian melakukan 6 (puasa) dalam Syawal, adalh seperti puasa sepanjang tahun.
Bulan Zulkaedah
Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida’ (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.
Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalm perlindungan Allah sehingga dia pulang.
* Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
1hb Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam ‘Alaihis salam.
Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
2hb Zulhijjah
Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus ‘Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
3hb Zulhijjah
Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah ‘Alaihis salam.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
4hb Zulhijjah
Nabi Isa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
5hb Zulhijjah
Nabi Musa ‘Alaihis salam dilahirkan.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
6hb Zulhijjah
Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
7hb Zulhijjah
Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
8hb Zulhijjah
Hari Tarwiyah.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
9hb Zulhijjah
Hari Arafah
Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: “Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni’matku kepadamu”.
10hb Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha
Haram berpuasa pada hari ini.
Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.
Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:”Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: “Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini”.
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberikan baginya tebusan dosa selama 50 tahun”.
Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:”Sungguh Rasulullah “Alaihi Wasallam telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan/membebaskan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah”.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari
yang 10 ini ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya”.
10hb,11hb,
12hb &13hb Zulhijjah
Hari-hari yang diharamkan berpuasa
Bulan Safar
Peperangan Bani Khaibar & Bani Qianuqak
Berpuasa selang hari “Puasa Sunnah yang terbaik diantara puasa-puasa Sunnah dalm setahun”.
2, 3 & 4hb R’awal
12hb R’awal
Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w. & Sayyidina Abu Bakar diGua Hira untuk berhijrah keMedinah.
Hari keputraan Rasulullah s.a.w.
Doa seseorang hamba yang berpuasa, akan diterima oleh Allah.
Bulan R’akhir
Peperangan Jamal (Unta) - perang saudara pertama dalam sejarah Islam
Sesiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah, akan meletakkan sebuah parti diantara dirinya dan api neraka sebesar jarak diantara Langit & bumi.
8hb Jamadilawal
Kelahirann Sayyidina Ali bin Abi Talib
Berpuasa pada 3 hari ia itu 13hb, 14hb & 15hb dalam sebulan, adalah seperti berpuasa untul satu bulan.
8hb Jamadilakhir
-Perlantikan Sayyidina Umar alKhattab sebagai khalifah ke2
-Berlakunya peperangan Yarmuk dizaman Khalifah Umar alKhattab tahun 13 Hijrah
Sesiapa yang berpuasa dijalan Allah, akan dijauhkan mukanya dari Api neraka sejauh jarak 70 tahun.
26hb & 27hb Rejab
Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj.
Setiap perkara itu ada dikenakan Zakat, dan Zakat bagi badan itu adalah Puasa.
15hb Syaban
-Nisfu Syaban.
-Penukaran qiblat dari Masjid alAqsa diBaitul Muqaddis ke Kabah .
Barang siapa berpuasa dari 13hb hingga 15hb dengan ketakwaan & megharapkan balasan(diakhirat), segal dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.
Bulan Ramadan
-Bulan yang difardhukan keatas umat Islam mengerjakan ibadat Puasa.
-Nuzul Al-Qur’an pada 17hb
-Berlaku peperangan Badar pada 8hb tahun ke2 Hijrah
-Penyempurnaan pembukaan Kota Mekkah pada 10hb
WALLAHUALAM.

Subscribe to:
Posts (Atom)