Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, December 4, 2008

Muslimah Yang X Berguna

KITA percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju.

Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.

Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

Fahami Al-Quran: Ada Caranya

10 Nasihat untuk Memahami Maksud Al Quran

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran.

Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.


1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.
(Riwayat al Bukhari, no.5027).

Permainkan Hukum: Padah Pada Masyarakat

Permainkan hukum boleh bawa padah kepada masyarakat

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, jadilah kamu orang menegakkan keadilan dan menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau miskin, maka Allah lebih berhak (engkau takuti) daripada kedua-duanya.” (Surah an-Nisa', ayat 135)

Begitu juga terhadap musuh yang tidak disukai, hukum tetap ditegakkan dengan adil dan saksama. Firman Allah bermaksud: “Jangan sekali-kali kebenaranmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak dapat bersikap adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Ma'idah, ayat 8)

Tidak ada harga untuk hukum dan tidak ada orang terhormat di mata hukum.

Rasulullah SAW pernah memenangkan Ammar bin Yassar ketika berselisih dengan Khalid bin al-Walid, dan Baginda juga pernah menyalahkan Abu Zar al-Ghifari ketika beliau bermasalah dengan Bilal bin Rabah. Pada hal, Khalid dan Abu Zar adalah orang terhormat, sementara Ammar dan Bilal, bekas hamba.

Jika wujud amalan jual beli hukum (mempermainkan hukum Allah), hal ini ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Penegak hukum itu ada tiga, satu di syurga, dan dua dua di neraka. Adapun yang di syurga, iaitu orang mengetahui kebenaran dan dia memutuskan berdasarkan kebenaran. Sedangkan di neraka, adalah orang mengetahui kebenaran, namun dia sewenang-wenang dalam memutuskan hukum. Juga orang yang mengadili dengan kebodohan, maka dia di neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi)

Mempermainkan hukum membawa padah kepada masyarakat. Abis al-Ghifari berkata: “Ada enam perkara yang aku dengar daripada Rasulullah SAW dan aku takut jika aku mengalami sebahagiannya, mempermainkan hukum, menumpahkan darah sia-sia, penguasa yang bodoh, banyaknya nepotisme, putusnya silaturahim, dan orang menjadikan al-Quran sebagai seruling yang dilagukan.” (Hadis riwayat al-Hakim, at-Tabarani)

Erti adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah memerintahmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil saksama. Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan melihat.” (Surah an-Nisa', ayat 58)

Setiap kebaikan pasti ada nilai keutamaannya, begitu juga menegakkan keadilan dan hukum.

Paling sedikit ada tiga keutamaan yang akan diperoleh dalam kehidupan dunia dan akhirat apabila mengutamakan keadilan serta hukum Allah.

Pertama, lebih dekat kepada takwa. Kedua, disayangi Allah dan ketiga, memperoleh keselamatan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan berlaku adillah, sesungguhnya Allah menyayangi orang yang berlaku adil.” (Surah al-Hujurat, ayat 9)

Keselamatan adalah hasrat setiap insan. Setiap manusia akan berlumba-lumba supaya selamat dan berusaha memperolehnya.

Salah satunya adalah berlaku adil, baik kepada orang yang kita suka, mahupun kepada orang dibenci.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang dapat menyelamatkan, takut kepada Allah, pada waktu sembunyi (sepi) mahupun terang, berlaku adil, pada waktu rela mahupun marah, dan hidup sederhana, pada waktu miskin mahupun kaya.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Sudah menjadi tugas semua untuk menegakkan keadilan dan hukum serta menghancurkan kezaliman baik dalam kehidupan peribadi, keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan negara.

Sesungguhnya kita diberi contoh panduan dan tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW mengenai sikap dan peranan yang mesti dijalankan supaya sentiasa berlaku adil dalam perbuatan serta kehidupan di dunia.

7 Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata,

Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Ringkasan hukum botox,braces,susuk dan bedah plastik

oleh: Ust Hj zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.



SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-

a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.
Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"

b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

Terdapat juga hadith yang menyebut :

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.



KIKIR GIGI DAN ‘BRACES'

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' (http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

SUSUK & SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

"(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA

 Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

 Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

 Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

 Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.

Tips rumahtangga-kenapa perlu cium anak

Kenapa perlu cium anak?

Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents.

Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu cepat-cepatla kawin…..boleh buat anak. Yang belum ramai anak tu, cepat-cepat la ramaikan anak……




Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-



1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya'
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Kelebihan Mengingati Mati

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.

Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Tepat pada waktu

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.

Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaatpun.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.

Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya.

Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

Ajal ketetapan Allah SWT

Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raaf, ayat 34).

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan- Nya selalu. Amin.

Fatwa Mengesat/Mengelap Lelehan/Rembesan Air Wuduk

Pertanyaan

Bolehkah lelehan/saki-baki atau rembesan air wuduk dikesat/dikeringkan/dilap dengan tuala atau kain lain?

Jawab

Bukan merupakan Sunnah untuk mengesat/mengelap/mengeringkan saki-baki/rembesan/lelehan air wuduk yang membasahi kulit badan selepas mengambil wuduk. Tetapi, seseorang itu masih boleh mengesat/mengelapnya jika dia ada sebab yang sah untuk berbuat demikian.

Dalam menjawab persoalan ini, Dr. `Abdel-Fattaah Idrees, profesor
Jurisprudens Perbandingan (Fiqh Perbandingan) di Universiti Al-Azhar berkata :

"Menggunakan tuala (kain dsb) selepas mengambil wuduk bagi tujuan mengesat/mengelap/mengeringkan basahan/saki-baki/lelehan/rembesan air wuduk pada kulit badan adalah menyanggahi Sunnah Nabi saw.

Bagaimanapun, jika seseorang itu benar-benar takut tubuhnya akan berada dalam keadaan bahaya yang nyata akibat pencemaran daripada habuk yang berterbangan di udara di tempat di mengambil wuduk atau jika seseorang itu mendapatinya perlu untuk mengesat/mengelap/mengeringkan basahan/rembesan/lelehan air wuduk itu tadi kerana keadaan cuaca yang terlalu sejuk, maka tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan tuala (kain dsb) untuk mengelap/mengesat lelehan/basahan/saki baki air wuduk berkenaan.

Sebaliknya, jika cuaca tidak terlalu sejuk, apatah lagi kalau cuaca panas, maka seseorang itu sepatutnya menahan diri daripada menggunakan tuala ( kain dsb) untuk mengesat/mengeringkan basahan/rembesan air wuduk berkenaan.

Sememangnya, mengesat/mengelap/mengeringkan lelehan/rembesan air wuduk yang ada pada kulit badan bukan merupakan suatu perbuatan yang disyorkan /disarankan oleh Syariah dan dengan itu melakukannya merupakan suatu perbuatan mengikis/mengeringkan jejak-jejak ibadat (dalam hal ini wuduk), yang pada mulanya adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu, seseorang itu mestilah menahan diri daripada mengesat/mengelap /mengeringkan rembesan/lelehan/basahan air wuduk yang ada pada kulit badan lainlah kalau membiarkannya itu akan benar-benar membahayakan diri orang berkenaan."

Air Mata Nabi Adam A.S

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?


"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Amalan Selepas Kencing

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai
panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang
merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan
lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu
Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba
tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah
itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah
tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi
untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah
ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang
diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia
merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya
apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua
atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu
urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air
kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan
bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan
semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air
semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian
dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Tanggungjawab Seorang Isteri

Untuk renungan bersama. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Tanggungjawab Seorang Isteri

1. Seorang isteri itu mestilah ada maruah terhadap suaminya. Ertinya, seorang isteri itu mesti menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di hadapan suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam kawan-kawannya sahaja dan "tidak boleh sama sekali mengecil-ngecil dan merendah-rendah martabat" suaminya.
Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami dan isteri kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum berkahwin. Perbuatan itu sangat dilarang oleh syariat dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram tadi iaitu sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab kabulkan, masing-masing seperti dua orang kawan biasa. Jadi si isteri merasakan suaminya sebagai teman biasa sahaja hinggakan dalam panggilan pun, kedua-duanya hanya berbahasa "I" dan "You" sahaja.
Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu sentiasa rasa malu terhadap suami, segan dan rasa rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah merasakan yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang dapat memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat samada di dunia mahu pun di akhirat.
2. Seorang isteri mestilah menutup penglihatannya terhadap orang laki-laki yang bukan muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya dan lelaki yang sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi mengelakkan para isteri terpengaruh atau tertarik kepada laki-laki lain.
3. Seorang isteri itu mestilah patuh terhadap perintah suami kecuali arahan-arahan yang berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya suami menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang. Isteri tidak boleh patuh kepada arahan itu.
4. Seorang isteri mestilah diam ketika suaminya sedang bercakap. Syariat melarang para isteri menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika suami sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu tadi kerana maklum sajalah isteri-isteri zaman ini kadang-kala memiliki keilmuan yang sama taraf dengan suami. Tentulah si isteri merasakan yang dia juga berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak mahu menjadi 'Pak Turut' sahaja.
Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian, walaupun mungkin dia lebih pandai daripada suaminya. Dia mestilah diam dan mendengar saja setiap buah fikir percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap, hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi bercakap. Tetapi selagi suaminya sedang bercakap, dia mesti diam serta tunduk memberi penghormatan.
5. Seorang isteri itu mestilah berdiri ketika suami datang kepadanya.
6. Seorang isteri itu mestilah mengundurkan diri ketika suami hendak tidur.
7. Si isteri hendaklah sentiasa memakai bau-bauan untuk suami mereka agar dia dapat menarik kasih sayang suaminya . Yang menjadi satu keanehan ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias dan berwangi-wangian ketika hendak pergi ke majlis-majlis. Apabila di depan suaminya, dia tidak kesah tentang dirinya.
"Sedangkan perempuan dilarang oleh syariat untuk memakai bau-bauan ketika keluar rumah hingga dihidu oleh orang lain".
8. Seorang isteri mesti menjauhkan badannya daripada berbau busuk. Dia mestilah sentiasa menjaga kebersihan badannya supaya dapat memikat keinginan para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita sebutkan pada para perempuan zaman ini kerana sudah memang trend kaum wanita zaman ini sentiasa menjaga badannya.
Kadang-kadang ada yang menahan dari makan dan minum kerana hendak menjaga badan supaya sentiasa ada 'potongan'. Sampai kadang-kadang para suami pun naik bingung melihat isterinya memelihara badan sebegitu rupa.
Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat tahannya badan kita ini. Paling maksima, 50 tahun. Lepas itu badan pun entah ke mana. Sepatutnya yang mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana yang akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah ruh. Ruh jugalah yang akan merasai azab.
9. Seorang isteri wajib berhias di hadapan suami. Di belakang suami isteri tidak wajib berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan fitnah.
10. Isteri dilarang berhias ketika suaminya tiada.
11. Si isteri jangan berkhianat kepada suaminya ketika suaminya tiada di rumah. Juga tidak berkhianat terhadap harta-harta suaminya. malah jika ada orang datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk sekiranya tidak mendapat keizinan suaminya.
12. Si isteri mestilah merasa puas jika sedikit diberikan suaminya. Ertinya, penghargaan yang besar haruslah diberi terhadap pemberian yang kecil oleh suami.
13. Isteri tidak boleh menolak sekiranya suaminya berkeinginan terhadapnya. Dalam hal ini, Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa pelawaan suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun di atas bonggol unta.
Kata Rasulullah lagi,
"kalau seorang isteri itu menolak pelawaan suaminya bila tidur malam dan suaminya terus tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si isteri dilaknat para malaikat".
14.
"Seorang isteri tidak boleh keluar rumahnya tanpa izin dari suaminya. Sekiranya dia keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di dunia termasuk para malaikat akan melaknatinya sehinggalah dia bertaubat dan kembali kepada suaminya".
Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Dan kalaulah para isteri dapat memikul tanggungjawab tersebut, dia akan menjadi isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan dapat menyuluh para isteri masing-masing sejauh manakah isteri-isteri mereka telah dapat dididik dan memikul tanggungjawab tersebut.
"Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka yang taat kepada Allah dan suaminya dan memelihara hak suaminya sewaktu suaminya tidak ada."

Hari-hari Dalam Islam

Hari- hari Dalam Islam

Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w:

Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.


Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada Perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Panduan menentukan arah kiblat

Panduan menentukan arah kiblat

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat ?

* Kaedah (1)
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (2)
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (3)
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

* Kaedah (4)
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

Hukum Merokok

Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu.

Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.

Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap" yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.

Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.

Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.

Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.

Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami membantah".

Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).

Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.

Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan barah.

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya:

"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi". H/R Ahmad dan ibn Hibban.

"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al Maidah:90.

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.

Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami".

Utsman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.

Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/R al-Bukhari.

"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. Allohu a’lam.

10 Seksaan Paling Ngeri

renung-renungkanlah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

Isteriku Bercakaran Di Syurga

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya.

Sejarah Masjidil-Haram

Asal Masjidil-Haram tidaklah sebesar apa yang kelihatan dewasa ini. Ia telah melalui pembaikan dan pembesaran dari semasa ke semasa. Pembesaran ini membuktikan bahawa bilangan umat Islam yang beriman kian bertambah dan berkeupayaan menunaikan rukun Islam yang kelima.

Imam Abul Hassan Mawardi dan lain-lain ada meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding dan datarannya tidaklah seluas hari ini.

Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab.

Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan.

Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, Abdullah ibn Zubair iaitu cucu Saidina Abu Bakar juga telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid.

Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Masjidil-Haram telah dibangunkan dengan ketinggian seninya.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini.

Kalimah-kalimah al-Qur'n telah disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.

Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca memperelokkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah.

Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti.

Kebakaran bermula dari bahagian Rubat Naziral-Khas yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Bab'Azurah di sebelah barat Masjidil-Haram.

Amir Besak Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya.

Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri.

Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah seperti Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi.

Menara ini kemudiannya diperbaiki oleh seorang menteri dari Mosul pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi.

Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dariMesir.

Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M.

Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Kini Masjidil-Haram telah mempunyai sebanyak sembilan menara, berdiri tegak dengan indahnya, dengan alunan kemerduan suara azan yang setiap masuk waktu memanggil umatnya untuk menunaikan perintah Allah dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratulmaut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW.. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 b aris an sebab menjadi 72 b aris an ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (b aris an). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

Perihal Sumpah

Sumpah adalah: Satu akad yg disokong dgn penguat utk org yg bersumpah berazam melakukan satu perkara atau meninggalkannya.

Pensyariatan Sumpah.

Ia disyariatkan berdasarkan dalil2 berikut:

Firman Allah:
Tafsirnya: "Allah tidak mengira sumpah yg main2 dan tetapi Allah mengira sumpah yg dibuat secara sungguh."(89: Maidah)

Nabi bersabda:
"Apabila kamu bersumpah dgn satu perkara dan melihat lebih baik pd melanggar sumpah maka buat yg lebih baik dan hendaklah kamu bayar kaffarah sumpah."(Hr Tirmizi)

Ijmak Ulama menyatakan disyariatkan sumpah.

Syarat2 sumpah.

1. Hendaklah ia dilakukan oleh org yang Islam, berakal dan sudah baligh. Maka tak sah sumpah dr org yg kafir, budak kecik dan kafir.

2. Ianya berlaku ketika jaga dan tidak dipaksa.

3. Hendaklah perkara yg disumpah adalah perkara yg boleh berlaku. sape yg bersumpah nak minum air yg tidak mungkin wujud ketika itu maka sumpahnya terbatal.

4. Hendaklah sumpah itu tidak ada pengecualian sperti dia kata insyaAllah atau jika diizinkan Allah.

5. Huruf sumpah ada tiga iaitu waw, ba dan ta.

6. Hendak sumpah dgn Nama2 Allah, sifat2 Allah, dan al-Quran.

Haram sumpah dgn mahkluk Allah. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yg hendak bersumpak maka hendaklah dia bersumpah dgn Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

Kaffarah sumpah.

Sesipa yg tidak melakukan ape yg disumpah maka wajib membuat salah satu yg berikut:
1. Memberi makan kepada sepuluh org miskin satu cupak makanan asasi(sprt beras).
2. Memberi pakaian.
3. Membebaskan hamba.

Jika tak mampu maka dia boleh puasa 3hari.