Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Penggunaan Perkataan ALLAH selain Org Islam.


Keputusan pihak mahkamah membenarkan perkataan ALLAH boleh digunakan oleh semua pihak bukan Islam betul2 aku tentang sekeras2nya.... Perkataan GOD tue adalah Tuhan dan bukannya ALLAH. Perkataan seolah2 sesiapa pun boleh guna walaupun bukan oleh org Islam. Ini akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kita khususnya di Malaysia.

Kita cuba tengok contoh situasi.....

Peter: Saya mahu tanya awak satu soalan?
Aminah: Apa dier Peter?
Peter: Awak sembahyang 1 hari 5 kali, bukan? Tapi saya sembahyang 1 minggu 1 kali sahaja. lagi senang... Kita sama TUHAN apa? ALLAH
Aminah: ?????

Nampak x kekeliruan yang bakal kita hadapi kelak... Soalan nie mungkin kita sebagai org dewasa boleh berfikir rasional untuk menjawab.... tetapi bagaimana pulak dengan kanak2 atau remaja yang baru membesar... mereka nie pula akan diracun dengan perkara2 begini... Kita akan kembali semula ke Zaman Jahiliah...

So... disini ingin saya tekankan... ALLAH hanya untuk orang Islam.

ALLLAHU AKBAR!!! ALLLAHU AKBAR!!! ALLLAHU AKBAR!!!

Monday, December 8, 2008

Pindah: Kos projek CAR mungkin lebih RM400j

Sumber: Utusan Malaysia
7-12-2008

RAWANG 7 Dis. - Tindakan Kerajaan Selangor mengubah kawasan laluan Projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) dari Kampung Sungai Terentang di sini ke kawasan lain boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk peningkatan kos projek yang dijangka melebihi RM400 juta.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, perubahan kepada jajaran baru itu juga bakal melibatkan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding di Kampung Sungai Terentang yang hanya membabitkan 23 keluarga.

Beliau berkata, jajaran baru itu membabitkan 83 tuan tanah dan antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Samak, Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Batu 15 1/2 serta Batu 17.

"Saya lihat kerajaan negeri tidak berlaku adil kepada penduduk kerana projek di Kampung Sungai Terentang telah pun dijalankan dan hanya tinggal lebih kurang 0.9 kilometer (km) manakala projek di kawasan baru membabitkan laluan sepanjang 70.3 km.

"Malah projek CAR di Sungai Terentang memakan belanja RM400 juta dan kos itu sudah tentu meningkat apabila laluan ditukar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Sungai Samak berhubung isu bantahan perubahan jajaran CAR di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Taman Templer, Datuk Subahan Kamal.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan Pantai Barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek CAR di Rawang gagal disiapkan.

Menurut Khir, tidak ada sebab untuk TNB memindahkan jajaran projek itu ke lokasi baru memandangkan kawasan laluan lama telah pun diwartakan dan tanah tersebut sah menjadi milik syarikat berkenaan.

"Projek ini perlu disegerakan kerana saya bimbang kita akan mengalami masalah kekurangan bekalan elektrik di Lembah Klang dan Putrajaya. Ini juga akan menyebabkan kilang-kilang ditutup dan para pekerja menghadapi kemungkinan diberhentikan kerja," tegasnya.

Mengulas mengenai langkah penguatkuasaan, beliau memberitahu, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan penduduk keluar dari tanah tersebut memandangkan bidang kuasa itu terletak di bawah kerajaan negeri Selangor.

Katanya, kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memberi notis kepada penduduk supaya keluar dari tanah tersebut agar projek CAR dapat dilaksanakan.

Wednesday, October 29, 2008

Paksa isteri pinang madu

29/10/08
Sumber: Harian Metro

KUANTAN: Berang kerana isterinya enggan menurut permintaannya supaya meminang seorang wanita lain yang juga isteri orang, seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun, sanggup mengugut mahu menembak dan menyembelih pasangannya itu di Panching, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, warga emas terbabit yang juga seorang pengawal keselamatan, mengarahkan isterinya yang berusia 56 tahun meminang seorang wanita berusia 30-an yang masih bersuami.

Difahamkan, pada mulanya, wanita terbabit akur dengan permintaan suaminya dan pergi ke rumah wanita berkenaan, tetapi tidak memberitahu tujuan sebenar kunjungannya sebelum pulang semula ke rumah sejurus kemudian.

Bagaimanapun, sebaik mengetahui isterinya tidak memberitahu niatnya mahu meminang wanita berkenaan, lelaki itu naik minyak sebelum mengambil sebilah parang lalu mengugut mahu menyembelih si isteri dengan alasan mengingkari arahannya.

Malah, ketika mengacukan senjata itu, lelaki terbabit turut mengugut mahu menembak mangsa jika masih gagal dan enggan memberitahu niatnya mahu meminang isteri orang itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui semalam, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan daripada mangsa.

Menurutnya, berikutan tindakan suaminya itu, mangsa yang ketakutan terus melarikan diri ke rumah anaknya tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Panching.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, lelaki warga emas itu menyimpan perasaan cinta terhadap wanita yang masih mempunyai suami itu.

Beliau berkata, mangsa terpaksa menuruti arahan suaminya selepas didesak berulang kali, tetapi tetap enggan berbuat demikian ketika berkunjung ke rumah wanita itu.

“Polis akan memanggil suami mangsa untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Komen:

Aku tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang. Orang tua pun masih berahi nak kahwin. Dengan bini orang lak tue.... Kalo isteri dah meninggal lain crita, siap suruh bini melamar lak.... tak pelik ke... waktu umur cam nie dah patut jaga ibadah... jaga family... jaga cucu.... x tahu la apa yang 'pokcik' nie nak. Hahahaa

Tuesday, October 14, 2008

Karyawan tempatan rasa terhina

14/10/2008

KUALA LUMPUR: Penganugerahan darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan sempena hari jadi ke-70 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabtu lalu, dibantah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, yang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, semalam berkata ramai penggiat seni termasuk pelakon menyuarakan rasa tidak senang dan mempersoalkan jasa aktor itu sehingga layak diberi anugerah yang membawa gelaran Datuk.

Mustapha berkata, tindakan kerajaan Melaka itu seperti membelakangkan jasa artis tempatan yang banyak berkorban menaikkan nama persada filem tanah air, apatah lagi sumbangan artis veteran sering kali dilupakan.

Menurutnya, beliau menerima banyak panggilan telefon dan SMS daripada penggiat seni yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

“Ini suara penggiat seni yang bukan sahaja terhina, tetapi tertanya apa jasa pelakon itu kepada negara kita sehingga layak menerima anugerah itu. Jika diikutkan, tanggungjawab kami juga sentiasa berusaha mempromosikan negara sendiri ke peringkat antarabangsa.

“Malah masih ramai artis tempatan kita yang berjasa pada negara dan mereka terus berjuang untuk kemajuan perfileman tanah air.

“Persoalannya, apakah anugerah ini diberi secara sukarela, sesuka hati atau disanjung dengan baik atas jasa mereka kepada negara ini. Seharusnya penilaian dibuat dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui penganugerahan itu hak kerajaan negeri dan tiada hak untuk menggesa ia ditarik balik.

“Apa yang kami turut kesalkan ialah tindakan pelakon itu tidak hadir ketika majlis penganugerahan yang dianggap satu penghinaan.

“Kami bukan kumpulan mendesak kerajaan negeri, tetapi tanggungjawab bersama untuk bersuara mengenai perkara ini,” katanya.

Hadir sama bagi menyokong pendirian Seniman itu, antaranya Timbalan Presiden Seniman, Ahmad Idham Ahmad Nadzri; Datuk Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan, Jalil Hamid, Zulkifli Zain, Normala Omar, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Harun Salim Bachik, Anne Abdullah, Rahim Jalani dan Dilla Ahmad.

Seniman juga menghantar surat bantahan pada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkaitan isu itu.

Shah Rukh Khan, 43, adalah antara 77 penerima anugerah DMSM yang menjadi anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Nama Shah Rukh Khan sebagai penerima anugerah dikatakan dicadangkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilaporkan berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi Melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat di seluruh dunia.

Komen:
Hahaha.... Seperti yang aku komen dulu. Gerenti ader yang x puas hati.

Harga petrol turun 15 sen mulai esok

14/10/2008


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan sudah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan segera.

Sebelum ini, kerajaan melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.

Sunday, October 12, 2008

Shah Rukh kini Datuk


11/10/2008

Oleh Amir Mamat



MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.

Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.

Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.

Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.

Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.

Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.

Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa.

“Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


Komen aku:

Kat Malaysia nie dah jadi satu amalan: Aku punya suka la. Suka hati nak bagi gelaran kat sapa2 yang dier nak. Gelaran Datuk nie dah jadi macam gula2. "Aku nak bagi kau title, ko amik la". Note: Penerimaan gelaran Datuk ini bermakna kerajaan Negeri Melaka akan membayar elaun Datuk kepada Shah Rukh Khan (SRK) sepertimana Datuk2 yang ada kat Malaysia nie. Patut x patut duit kita dilaburkan kepada orang asing. Kan ke bagus kita bantu orang2 Malaysia yang memerlukan bantuan. SENDRI MAU INGAT.

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kali ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Terutamanya ibu bapa aku yang berada di Klang. Adik-beradik aku kat sana. Kawan-kawan aku bersepah2 kat Malaysia (yang masa belajar kat Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Penang, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson). Tak lupa pada member yang bersama2 bekerja (Hotel Concorde Shah Alam, Cadai Trading, dll). Semua member yang aku kenal secara langsung atau tak langsung. Aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan dan minum. Kalo gurau terlampau ker, tampar jer... hehhehe.... x der3x. Kalo x der gurau, x ceria hidup. Hidup mesti nak happy. Hidup mesti nak happy.


Buat teman2 yang balik kampung di lebaran , selamat jalan ya ... Baik yang naik kereta api, pesawat terbang, kapal laut ataupun bawa kereta sendiri harus tetap waspada. Yang menggunakan kapal laut, ber hati-hati kalau bertemu atau ,buat yang naik pesawat jangan berebut2 , nanti tidak sampai-sampai. Buat yang bawa kereta sendiri, patuhi lampu-lampu ,selain menghindari urusan dengan juga agar tidak terjadi hal2 yang tidak diinginkan atau . Kal au ada yang balik menggunakan motorsikal jangan lupa sediakan sparepart dan jangan bawa laju-laju ,berbahaya!!! Ada yang masih bermasalah dengan tiket ?Jangan cuba2 pakai basikal atau cara ini dijamin tahun depan baru sampai ke tempat tujuan. Pembantu rumah tak payah balik indonesia supaya boleh uruskan rumah, , tanaman , binatang peliharaan atau lakukan apa2 hobi yang sebelum ini tak sempat dilakukan . Satu lagi, berhati-hati bagi yang bawa isteri yang hamil , jangan panik kalau ada yang agak luar biasa . Itu perkara biasa.
OK guys, have a nice trip ......jangan lupa kirim2 emel .

Selamat Aidilfitri , maaf zahir batin sengaja atau tidak disengajakan

.....salam buat keluarga di kampung halaman .

Saturday, September 27, 2008

I - Cage untuk penternak keli


Keghairahan kepada ternakan ikan keli di kalangan masyarakat semakin melonjak ketika ini dengan adanya teknologi baru yang diperkenalkan.

Tangki kitar semula kini antara yang popular selain penggunaan kanvas bagi menyaingi kaedah sedia ada iaitu ternakan dalam tangki konkrit atau kolam tanah.

Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Komen aku:

Aku cam berminat jer nak join... ader untooooong..... tp pikir kat mana nak letak, cancel rancangan. lagipun x der org nak uruskan. modal pun x der.



Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki AlSaiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam incilBahan - politilenalKapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.Spesifikasi Tangki BlTangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggilSesuai untuk semua jenis ikanlKegunaan- sesuai untuk ternakan komersiallCiri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara.

Friday, September 26, 2008

Air

Berhati-2lah

SEKARANG NIE KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN.. 19ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.BERHATI- HATI DENGAN JENAMA (AIR MINERAL) :-

1. AL- BARAKAH
2. AL-MANSOR
3. AL-BISTARI

P/S:-SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA @DIBELI..

SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN "HOLY WATER"
TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM /SAHABAT/SAHABIAH &DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM),AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE...

SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT

Wanita tak dapat diskaun zakat maki amil

KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.

Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.

Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.

Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat.


Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat.

Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya.

Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit ‘mengamuk’ wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu.

Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya.

Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu.

Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya.

“Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit.

“Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit.

“Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu.

“Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati,” katanya.

Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.


Komen aku:

Adoi... kelakar la pulak.... leh mintak diskaun lak.... akak..... nie bukan ikan leh tawar harga @ diskaun. zakat nie nak bagi org2 yang x mampu @ anak2 yatim.

x kan nak diskaun kot. akak kalo makan ader diskaun2 gak ker... hahhahaaaa.....

Saturday, July 26, 2008

Main rogol-rogol

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.


Komen:

Apa la nak jadi ngan budak2 zaman skang nie.... skang ie nak salahkan sapa dalam membentuk anak2 kita. kalo dulu bila mendidik anak dengan hukuman rotan, org x kisah. Bila besar, jadi org yang berguna. Skang bila nak ajar anak, kata kita mendera anak. Masuk balai. Anak report. Hasilnya jadilah anak yang degil, manja. Akhirnya jadi x berguna. Camner agaknya pemimpin Malaysia pada masa tue.... fikir2 kan lah....

Friday, June 20, 2008

Tiada rancangan piket, kata kesatuan TNB

Ketiga-tiga persatuan sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan piket sementara menunggu jawapan balas pihak pengurusan berhubung penolakan mereka terhadap tawaran pelarasan kenaikan gaji kakitangan.

Ketiga-tiganya ialah Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB, Kesatuan Pegawai Rendah TNB dan Persatuan Eksekutif TNB yang mempunyai keahlian 25,000 orang.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB, Md Zamri Md Yasin berkata mereka menolak tawaran pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus dari pihak pengurusan TNB.

Md Zamri memberitahu Malaysiakini, beliau pihaknya juga sedang menunggu keputusan pengurusan TNB terhadap beberapa tuntutan kesatuan sekerja termasuk tawaran pelarasan tersebut.

"Kita mengambil keputusan tidak perlu mengadakan piket kerana masih menunggu keputusan dari pengurusan TNB," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat dalam mesyuarat antara semua kesatuan tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, Md Zamri enggan menjelaskan apakah tuntutan yang dikemukakan kepada TNB itu.

Pintu rundingan antara kesatuan dengan TNB, tambah beliau, belum tertutup.

Tidak puashati

Md Zamri menegaskan demikian sebagai menjelaskan laporan dalam Malaysiakini hari ini yang menyebut pihak kesatuan merancang untuk mengadakan piket kerana tidak puashati dengan tawaran pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.

Katanya, apa juga keputusan yang akan diambil akan bergantung kepada jawapan balas dari pihak pengurusan TNB berhubung tuntutan tersebut.

Laporan Malaysiakini itu memetik seorang pemimpin kesatuan itu yang enggan namanya disiarkan sebagai berkata, pihak kesatuan sangat kecewa dengan tindakan syarikat tersebut yang hanya menawarkan pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.

Latanya, TNB juga tidak membayar elaun sara hidup (COLA) dan elaun perumahan kepada kakitangannya.

"Kami telah berunding empat kali sejak April lalu tetapi belum menemui jalan penyelesaian kerana TNB tetap berkeras hanya mahu menerima pelarasan kenaikan gaji tiga peratus sahaja.

"Jika isu ini tidak selesai dalam masa terdekat, kami akan mengadakan piket membabitkan 20,000 ahli kesatuan.

"Kami telah menyerahkan memorandum kepada pengurusan TNB supaya menaikkan kepada kadar yang lebih tinggi tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan menswastakan TNB pada 1990 dan kini ia berada di bawah Khazanah Nasional Bhd, sebuah unit pelaburan kementerian kewangan

Gaji CEO

"Pihak pengurusan TNB menolak permintaan kesatuan untuk mendapatkan pelarasan kenaikan gaji yang lebih tinggi atas alasan kos meningkat ekoran kenaikan harga minyak," katanya.

Bagaimanapun, katanya alasan tersebut tidak diterima kerana syarikat korporat tersebut mencatat keuntungan RM4 bilion tahun lalu iaitu yang paling tinggi dalam sejarah penubuhannya.

Beliau berkata, menurut laporan tahun TNB, gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Datuk Che Khalid Mohamad Noh sekarang ialah RM1,107,280.00 setahun.

Katanya, laporan itu juga menyebut bahawa Che Khalid mempunyai saham dalam syarikat tersebut sebanyak 735,000 unit.

Beliau berkata, pihaknya akan berunding untuk menentukan tindakan lanjut jika pengurusan TNB terus enggan melayan permintaan pekerja mereka.

"Ramai pekerja TNB berkata mereka lebih rela diserapkan sebagai kakitangan kerajaan daripada berada di bawah TNB.

'Azman tidak faham keadaan'


"Mereka telah meminta kesatuan supaya mencari jalan supaya kakitangan TNB diserapkan sebagai kakitangan kerajaan yang lebih terjamin.

"Kini pendapatan pekerja TNB lebih rendah daripada kakitangan kerajaan ekoran kenaikan gaji sehingga 41 peratus tahun lalu," katanya lagi.

Beliau juga ditanya mengenai kenyataaan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar bahawa gaji Che Khalid akan dinaikkan 100 peratus sebagai menghargai sumbangannya kepada kemajuan TNB yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pemimpin kesatuan itu berkata, kenyataan Azman itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku dan keadaan kakitangan bawahan TNB.

"Adakah pihak pengurusan TNB memberitahu Azman perkara yang sebenarnya mengenai keadaan kakitangan gaji kakitangannya," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Azman supaya mendapatkan maklumat sebenar dari pihak kesatuan.

Saturday, June 14, 2008

Sel bahanapi hidrogen ganti elektrik

MOTOROLA Inc. akan mempamerkan Dimetra IP TETRA , sebuah stesen pang kalan yang dikuasai sel ba han api berasaskan campu ran air dan metanol pada Kongres Tetra di Hong Kong tidak lama lagi.

Inovasi yang pernah dipa merkan pada Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Februari lalu, dijangka da pat menyelesaikan isu kepu tusan tenaga, sekali gus menjadikannya sebagai ru musan berdaya maju di ba nyak lokasi lain terutama ka wasan membangun di selu ruh dunia.

Naib Presiden, segmen Ke rajaan dan Keselamatan Awam Motorola, Asia Pasifik, Phey Teck Moh, berkata Mo torola amat memahami ba hawa profesional keselama tan memerlukan rumusan komunikasi yang mudah di gunakan, tahan lasak, reka bentuk ergonomik serta mampu beroperasi di antara berbilang agensi.

“Rumusan ini dibangun kan untuk persekitaran kese lamatan awam dan asas un tuk teknologi yang menjadi sumber semula jadi kedua bagi membolehkan pihak bertanggungjawab me numpukan perhatian ke arah misi sebenar dan bu kannya teknologi,” katanya.

Dalam keadaan misi kriti kal atau operasi kecemasan, stesen pangkalan TETRA mestilah mampu beroperasi berterusan untuk menyedia kan komunikasi selamat te rutama ketika ketiadaan elektrik.

Dalam pada itu, rumusan menggunakan bateri atau generator mesti ada sebagai gantian ketika ketiadaan elektrik, sedangkan ia me nyumbang kepada pence maran karbon monoksida dan bunyi.

Sel bahan api hidrogen terbukti dalam situasi kritikal dan boleh beroperasi tem poh yang lebih lama dengan hanya menambah kapasiti hidrogen, malah hanya me ngeluarkan bahan buangan air.

Walaupun penggunaan teknologi ini semakin berku rang, namun Motorola ber usaha keras secara aktif de ngan rakan kongsi untuk mengkaji kemungkinan sel bahanapi itu digunakan se mua jenis komunikasi mu dah alih termasuk radio misi kritikal.

Friday, June 13, 2008

‘Utusan dari langit’ kena cekup

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya `Utusan Dari Langit’ dan sudah hidup lebih 3,000 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di markas kumpulan ajaran sesat itu di Damansara dekat sini, baru-baru ini.

Dia yang berusia lingkungan 80-an menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk pengikut berkumpul dan menyebarkan ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sempena sambutan Maulidur Rasul lalu, dia bertindak berani menghantar memorandum dan surat jemputan kepada Sultan Selangor, menteri besar, mufti dan Jais serta beberapa jabatan kerajaan untuk mendengar ceramahnya.

Rata-rata pengikut yang mendengar ceramah ketua kumpulan ajaran sesat itu penduduk setempat dan warga negara jiran.

Biasanya, dia mengadakan ceramah pada malam Sabtu dengan mendakwa pernah mati beberapa kali dan dihidupkan semula untuk menyebarkan ajaran dari langit.

Antara dakwaannya ialah:

  • Malaikat sentiasa berada di sisinya untuk melindungi setiap pergerakan, sekali gus membantunya menyampaikan ajaran terbabit.

  • Rukun Islam termasuk solat, puasa serta ibadat haji tidak wajib dilaksanakan umat Islam.

  • Perkara yang wajib diamalkan ialah Rukun Iman kerana dianggap dapat memperoleh keberkatan tuhan dan memudahkan pengikutnya memasuki syurga.

    Mendedahkan kegiatan warga emas itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata kumpulan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif, namun sukar dihidu pihak berkuasa kerana kelicikan lelaki terbabit dan pengikutnya.

    “Namun, hasil maklumat awam dan intipan, aktiviti kumpulan itu akhirnya terbongkar dan kami menyerbu markas mereka yang juga kediaman lelaki terbabit pada pertengahan bulan lalu.

    “Pasukan khas Jais dianggotai beberapa pegawai penguat kuasa sebelum itu diarah menyelinap masuk ke kawasan itu dan ‘berlakon’ sebagai pengikut ajaran berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata, ketika serbuan, kira-kira 100 pengikut ajaran itu sedang mendengar ceramah lelaki terbabit yang bermula selepas solat Maghrib kira-kira jam 7.40 malam.

    “Selepas lebih tiga jam memberi ceramah, pasukan Jais dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen menyerbu markas kumpulan itu.

    “Hasil pemeriksaan mendapati pengikutnya turut membabitkan warga asing dan tujuh daripada mereka ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

    Menurutnya, ketua ajaran sesat itu ditahan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana kesalahan menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

    Beliau seterusnya memberi amaran, Jais akan sentiasa memantau kegiatan yang disyaki sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak ia berleluasa dan sukar dibendung.

  • Komen aku:

    aku x paham naper la banyak sangat org terpedaya ngan agama sesat.... kena pukau ker... x kan leh beza mana betul.. mana salah... dah terus terang Agama Islam itu agama yang terakhir... lagi satu rukun islam adalah wajib bagi setiap org kecuali haji bagi yang berupaya..... Nabi Muhammad kan Nabi kita..... Nabi yang terakhir... telah termaktub dalam Al-Quran sejak dahulu lagi... kenapa dipertikaikan lagi.... kalo nak berguru pun, biarlah kat masjid.... belajar lah dengan ramai guru... bertanyakan dgn mereka... nie kalo belajar pun tempat tersorok aper kejadahnya.... nonsense ar...

    Bahaya ambil Mentalk Candy


    KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya tidak menggunakan kandi kesihatan dikenali sebagai ‘Mentalk Candy’ kerana ia didapati mengandungi aminotadalafil, sejenis ubat bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin.

    Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan semalam memberi amaran bahawa penggunaan kandi itu secara berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung, depresi dan kehilangan deria penglihatan.

    Tuesday, June 10, 2008

    Padah tolak sertai kongsi gelap

    Padah tolak sertai kongsi gelap

    Oleh Riadz Radzi
    riadz@hmetro.com.my
    ALOR STAR: “Saya baru hendak menyuap makanan sebelum tiba-tiba diserang enam lelaki bersenjatakan batang besi,” kata Foo Soon Seng, 17, yang cedera dipukul dipercayai ahli kongsi gelap ketika bersarapan di depan sekolahnya di Jalan Langgar, dekat sini, pagi semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Foo ketika itu baru hendak bersarapan bersama empat rakannya sebelum memulakan sesi persekolahan.

    Kejadian itu menyebabkan pelajar tingkatan empat itu mengalami kecederaan di belakang kepala dan badan.

    “Saya tidak sempat menyuap makanan. Sebaik melihat saya, mereka terus menjerit nama sebelum memukul saya dengan batang besi manakala rakan-rakan juga tidak sempat menolong kerana terlalu takut,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

    Difahamkan, kejadian itu berpunca berikutan keengganan Foo menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap yang dianggotai enam lelaki terbabit.

    Foo berkata, dia didatangi beberapa ahli kumpulan kongsi gelap terbabit kira-kira dua minggu lalu memintanya menyertai kumpulan itu.

    “Mereka memaksa saya menyertainya dan mengugut akan mencederakan saya jika saya enggan.

    “Saya tidak mahu terbabit dengan mereka kerana bimbang boleh mendatangkan masalah dan mereka juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

    Menurutnya, kumpulan itu dipercayai sering merekrut pelajar sekolah untuk menjadi ahli dan sudah beberapa kali mengugutnya tetapi dia tidak melaporkan kepada polis kerana bimbang dicederakan.

    “Ramai rakan di sekolah menyertai kumpulan secara terpaksa kerana mereka bimbang dicederakan,” katanya.

    Dalam kejadian itu, enam lelaki berusia kira-kira 20-an yang menaiki dua kereta Proton Waja berwarna kelabu dan hitam berhenti di depan sekolah terbabit dan terus menyerang mangsa.

    Foo berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu meminta tolong selepas dibelasah bertubi-tubi oleh lelaki terbabit.

    “Mereka membelasah bertubi-tubi sehingga saya lemah sebelum mereka meninggalkan saya. Malah, mereka juga mengugut akan pergi ke rumah untuk mencederakan saya lagi,” katanya yang tinggal bersama neneknya di Kampung Berjaya, dekat sini.

    Foo kemudian dibawa rakannya ke sebuah pusat rawatan swasta, dekat sini, kira-kira jam 7.30 pagi sebelum dibawa ke HSB untuk rawatan susulan.

    Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star, pagi semalam.

    Sementara itu, rakan mangsa, Ahmad Shamsul Amril Aziz, 26, berkata dia dimaklumkan kejadian itu oleh rakan mangsa yang menghubunginya kira-kira jam 7.30 pagi semalam, sebelum bergegas ke pusat rawatan terbabit bersama sepupu mangsa.

    “Saya tahu Foo sudah beberapa kali diajak menyertai kumpulan kongsi gelap itu tetapi dia enggan. Saya bersama sepupunya juga kerap menasihatinya kerana banyak masalah akan timbul sekiranya dia menyertai kumpulan terbabit,” katanya.

    Difahamkan, Foo menjadi ‘pilihan’ kumpulan kongsi gelap itu kerana kepandaiannya bercakap dan pergaulannya yang luas.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Frederick Leso Senap ketika dihubungi, mengesahkan kejadian, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

    Monday, June 9, 2008

    RTM tidak hormati rakyat dan Sultan Perak

    nie berita aku dpt kat berita harian 09.06.08


    RTM tidak hormati rakyat dan Sultan Perak

    GERIK: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini sekali lagi meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepadanya untuk ke udara di stesen radio Perak.

    Katanya, beliau masih belum menerima maklum balas berhubung permohonan kepada RTM untuk memberi ruang kepadanya berucap melalui siaran radio Perak FM selama 30 minit seminggu.

    "Jawatan Menteri Besar ini diputuskan oleh rakyat dan dilantik selepas mendapat perkenan Sultan (Perak),” katanya pada jamuan bersama rakyat di Dewan Serbaguna di sini.

    "Kita hanya mahu peluang untuk menyuarakan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan negeri...kerana suara kami tidak keluar dalam radio Perak FM maka terpaksalah menjelajah sendiri ke seluruh negeri bagi berjumpa rakyat,” katanya.

    Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek bulan lalu berkata, Kementerian Penerangan tidak pernah menghalang agensinya seperti RTM membuat liputan aktiviti di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana liputan dibuat berdasarkan nilai berita.

    — Bernama

    Friday, June 6, 2008

    Tarif elektrik naik mulai 1 Julai 2008


    Tarif elektrik naik mulai 1 Julai



    Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.

    Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

    Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan
    membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.

    Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

    Manakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kilometer, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi (lihat jadual).

    Tenaga Nasional Berhad (TN akan mengumumkan struktur baru harga itu dalam satu sidang akhbar jam 12 tengahari esok.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

    Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

    Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web Pejabat Perdana Menteri]

    Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

    Bagi kategori-kategori lain:

    bullet buttonTarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

    Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

    bullet button Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.

    bullet button Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

    Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

    bullet button Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen.

    Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.

    bullet button Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20

    bullet button Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

    bullet button Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

    TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.

    Thursday, June 5, 2008

    100 Hari, 100 Kereta Camry

    Haram, perlu dijauhi umat Islam: Mufti

    KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom (M) Bhd (Celcom), sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.

    Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri (gambar) selepas mengambil kira cara peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan menerapkan unsur tidak sihat termasuk perjudian.

    Beliau meminta semua umat Islam di negara ini tidak sekali-kali menyertai peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ terbabit bagi mengelak bukan saja terpedaya, malah terjerumus kepada satu perbuatan dianggap haram di sisi Islam.

    Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ yang diajurkan khusus kepada pelanggan Celcom itu berlangsung selama 100 hari bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini dengan menawarkan sebuah kereta Toyota Camry 2.0E sehari kepada pemenang yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui setiap soalan yang berjaya.

    Bagaimanapun, setiap SMS yang diterima atau dihantar peserta dikenakan caj RM5.

    Md Asri berkata peraduan ‘100 hari 100 Kereta’ itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan dalam peraduan berkenaan.

    Harga Minyak Naik......




    Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
    04/06/2008 5:56pm


    PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

    Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

    Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

    Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TN yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

    Harga baru petrol RM2.70, diesel RM2.58



    PUTRAJAYA: Mulai tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

    Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

    Bercakap sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

    "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

    Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya

    Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

    Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.