Friday, June 13, 2008

‘Utusan dari langit’ kena cekup

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya `Utusan Dari Langit’ dan sudah hidup lebih 3,000 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di markas kumpulan ajaran sesat itu di Damansara dekat sini, baru-baru ini.

Dia yang berusia lingkungan 80-an menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk pengikut berkumpul dan menyebarkan ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sempena sambutan Maulidur Rasul lalu, dia bertindak berani menghantar memorandum dan surat jemputan kepada Sultan Selangor, menteri besar, mufti dan Jais serta beberapa jabatan kerajaan untuk mendengar ceramahnya.

Rata-rata pengikut yang mendengar ceramah ketua kumpulan ajaran sesat itu penduduk setempat dan warga negara jiran.

Biasanya, dia mengadakan ceramah pada malam Sabtu dengan mendakwa pernah mati beberapa kali dan dihidupkan semula untuk menyebarkan ajaran dari langit.

Antara dakwaannya ialah:

  • Malaikat sentiasa berada di sisinya untuk melindungi setiap pergerakan, sekali gus membantunya menyampaikan ajaran terbabit.

  • Rukun Islam termasuk solat, puasa serta ibadat haji tidak wajib dilaksanakan umat Islam.

  • Perkara yang wajib diamalkan ialah Rukun Iman kerana dianggap dapat memperoleh keberkatan tuhan dan memudahkan pengikutnya memasuki syurga.

    Mendedahkan kegiatan warga emas itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata kumpulan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif, namun sukar dihidu pihak berkuasa kerana kelicikan lelaki terbabit dan pengikutnya.

    “Namun, hasil maklumat awam dan intipan, aktiviti kumpulan itu akhirnya terbongkar dan kami menyerbu markas mereka yang juga kediaman lelaki terbabit pada pertengahan bulan lalu.

    “Pasukan khas Jais dianggotai beberapa pegawai penguat kuasa sebelum itu diarah menyelinap masuk ke kawasan itu dan ‘berlakon’ sebagai pengikut ajaran berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata, ketika serbuan, kira-kira 100 pengikut ajaran itu sedang mendengar ceramah lelaki terbabit yang bermula selepas solat Maghrib kira-kira jam 7.40 malam.

    “Selepas lebih tiga jam memberi ceramah, pasukan Jais dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen menyerbu markas kumpulan itu.

    “Hasil pemeriksaan mendapati pengikutnya turut membabitkan warga asing dan tujuh daripada mereka ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

    Menurutnya, ketua ajaran sesat itu ditahan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana kesalahan menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

    Beliau seterusnya memberi amaran, Jais akan sentiasa memantau kegiatan yang disyaki sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak ia berleluasa dan sukar dibendung.

  • Komen aku:

    aku x paham naper la banyak sangat org terpedaya ngan agama sesat.... kena pukau ker... x kan leh beza mana betul.. mana salah... dah terus terang Agama Islam itu agama yang terakhir... lagi satu rukun islam adalah wajib bagi setiap org kecuali haji bagi yang berupaya..... Nabi Muhammad kan Nabi kita..... Nabi yang terakhir... telah termaktub dalam Al-Quran sejak dahulu lagi... kenapa dipertikaikan lagi.... kalo nak berguru pun, biarlah kat masjid.... belajar lah dengan ramai guru... bertanyakan dgn mereka... nie kalo belajar pun tempat tersorok aper kejadahnya.... nonsense ar...

    No comments: