Monday, June 9, 2008

RTM tidak hormati rakyat dan Sultan Perak

nie berita aku dpt kat berita harian 09.06.08


RTM tidak hormati rakyat dan Sultan Perak

GERIK: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini sekali lagi meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepadanya untuk ke udara di stesen radio Perak.

Katanya, beliau masih belum menerima maklum balas berhubung permohonan kepada RTM untuk memberi ruang kepadanya berucap melalui siaran radio Perak FM selama 30 minit seminggu.

"Jawatan Menteri Besar ini diputuskan oleh rakyat dan dilantik selepas mendapat perkenan Sultan (Perak),” katanya pada jamuan bersama rakyat di Dewan Serbaguna di sini.

"Kita hanya mahu peluang untuk menyuarakan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan negeri...kerana suara kami tidak keluar dalam radio Perak FM maka terpaksalah menjelajah sendiri ke seluruh negeri bagi berjumpa rakyat,” katanya.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek bulan lalu berkata, Kementerian Penerangan tidak pernah menghalang agensinya seperti RTM membuat liputan aktiviti di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana liputan dibuat berdasarkan nilai berita.

— Bernama

No comments: