Sunday, October 12, 2008

Shah Rukh kini Datuk


11/10/2008

Oleh Amir Mamat



MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.

Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.

Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.

Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.

Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.

Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.

Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa.

“Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


Komen aku:

Kat Malaysia nie dah jadi satu amalan: Aku punya suka la. Suka hati nak bagi gelaran kat sapa2 yang dier nak. Gelaran Datuk nie dah jadi macam gula2. "Aku nak bagi kau title, ko amik la". Note: Penerimaan gelaran Datuk ini bermakna kerajaan Negeri Melaka akan membayar elaun Datuk kepada Shah Rukh Khan (SRK) sepertimana Datuk2 yang ada kat Malaysia nie. Patut x patut duit kita dilaburkan kepada orang asing. Kan ke bagus kita bantu orang2 Malaysia yang memerlukan bantuan. SENDRI MAU INGAT.

3 comments:

Anonymous said...

Mmg membazir duit rakyat

Pakcik Botak said...

memang x pakai betul beri ke SRK pingat Datuk ni....mcm cap ayam sgt nilai datuk kita ni.

Nash said...

hahaha... malaysia nia kan 'pemurah'. dah berlonggok Datuk yang beli pakai duit... semua nie kerana NAMA