Asal Masjidil-Haram tidaklah sebesar apa yang kelihatan dewasa ini. Ia telah melalui pembaikan dan pembesaran dari semasa ke semasa. Pembesaran ini membuktikan bahawa bilangan umat Islam yang beriman kian bertambah dan berkeupayaan menunaikan rukun Islam yang kelima.
Imam Abul Hassan Mawardi dan lain-lain ada meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding dan datarannya tidaklah seluas hari ini.
Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab.
Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan.
Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman pada kira-kira tahun 647 Masihi.
Pada tahun 696 Masihi, Abdullah ibn Zubair iaitu cucu Saidina Abu Bakar juga telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid.
Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.
Masjidil-Haram telah dibangunkan dengan ketinggian seninya.
Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini.
Kalimah-kalimah al-Qur'n telah disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.
Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.
Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.
Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca memperelokkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah.
Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti.
Kebakaran bermula dari bahagian Rubat Naziral-Khas yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Bab'Azurah di sebelah barat Masjidil-Haram.
Amir Besak Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.
Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya.
Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri.
Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.
Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah seperti Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi.
Menara ini kemudiannya diperbaiki oleh seorang menteri dari Mosul pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi.
Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.
Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.
Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dariMesir.
Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M.
Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.
Kini Masjidil-Haram telah mempunyai sebanyak sembilan menara, berdiri tegak dengan indahnya, dengan alunan kemerduan suara azan yang setiap masuk waktu memanggil umatnya untuk menunaikan perintah Allah dengan penuh kesabaran dan keinsafan.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment