Tuesday, December 9, 2008

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.Bahan ini akan membentuk
crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat
dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Pelbagai kanser tulang

Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam
KANSER (barah) tulang utama (primary) boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang, tulang rawan dan dari bahagian tisu fiber. Kanser tulang jenis kedua (secondary) pula adalah sebahagian besar kanser tulang yang berasal daripada bahagian lain badan selain tulang akibat penyebaran sel kanser (metastatik).

Kanser tulang metastasik boleh berasal daripada bahagian badan lain, kebanyakannya berasal daripada prostat, payudara, paru-paru, buah pinggang, usus besar dan kelenjar tiroid. Selalunya punca kanser tulang terjadi adalah tidak diketahui. Kadangkala, kanser tulang juga mungkin berkaitan dengan radiasi berion (ionizing radiation).

Antara faktor-faktor lain yang boleh menggalakkan kejadian kanser tulang adalah:

* Penyakit Paget

* Fibrous dysplasia

* Retinoblastoma (genetik)

* Sindrom tertentu seperti penyakit Gardner dan penyakit Ollier

Kanser tulang primary

Kira-kira 40 peratus kanser tulang jenis ini adalah berbahaya (malignan) sementara 60 peratus lagi tidak berbahaya (benign). Contoh kanser tulang primary yang benign adalah seperti osteochondroma, sel tumor gergasi, chondroma dan osteoid osteoma. Contoh kanser tulang yang berasal dari tisu fiber pula adalah sista (cyst) tulang ringkas, sista tulang aneurysmal dan fibrous dysplasia.

Kanser tulang primary yang malignan pula terdiri daripada osteosarcoma, chondrosarcoma, Ewing‘s tumour dan malignant fibrous histiocytoma. Kanser tulang primary selalunya berlaku pada pesakit yang muda, terutamanya antara umur 10 hingga 25 tahun dengan lebih kurang 80 peratus berlaku di bahagian sendi lutut.

Kanser tulang primary malignan jarang berlaku dan hanya merangkumi kurang satu peratus daripada semua kematian yang melibatkan kanser yang malignan. Punca terjadinya kanser tulang malignan tidak diketahui tetapi kanser tulang benign kadangkala boleh menjadi malignan.

Primary, benign

Osteochondroma

Kanser tulang jenis ini berasal dari bahagian tulang rawan dan boleh tumbuh hanya satu atau banyak secara serentak (juga dikenali sebagai penyakit Ollier atau exostoses). Selalunya benign, kanser tulang ini boleh berlaku pada sebarang usia, kebanyakannya pada usia muda. Ia boleh tumbuh kecil dan kemudian saiznya semakin besar, selalunya berada pada sisi sendi dan tidak sakit. Sekiranya saiznya semakin besar, kesakitannya juga mungkin bertambah dan bilangannya menjadi banyak serta kemungkinan besar akan menjadi malignan. Gambar X-ray akan menunjukkan ‘stippled calcification’ pada bahagian yang terlibat.

Osteoid osteoma

Kanser tulang jenis ini merangkumi 10 peratus bilangan kanser tulang yang benign. Kanser ini selalunya berlaku antara umur 10 hingga 20 tahun, dan jarang berlaku pada mereka berumut lebih 30 tahun. Kanser jenis ini juga lebih kerap berlaku pada lelaki dengan nisbah 3:1 berbanding golongan wanita. Selalunya 28 peratus ketumbuhan kerap berlaku pada tulang paha (femur), tibia (25 peratus), tulang belakang (10 peratus) dan humerus (tulang lengan atas).

Pesakit akan mengalami kesakitan dan bengkak pada tulang yang terlibat, selalunya semakin teruk pada sebelah malam tetapi rasa sakit boleh menjadi reda dengan mengambil ubat tahan sakit. Radiograf pada tulang yang terlibat selalunya menunjukkan ‘radiolucent lesion’ yang berbentuk bulat (nidus), berukuran satu sentimeter dan dikelilingi kawasan dikenali ‘dense sclerosis’.

Sista tulang ringkas

Sista jenis ini kerap terjadi pada bahagian metaphysis tulang humerus atau tulang paha tetapi sebab ia terjadi masih tidak diketahui.

Imbasan X-ray akan menunjukkan kawasan radiolucent di bahagian yang berlakunya tumor dan pesakit selalunya hadir dengan rasa sakit pada tulang yang terlibat atau sakit yang teruk akibat tulang tersebut patah.

Ewing‘s sarcoma

Kanser tulang jenis ini jarang berlaku dan hanya merangkumi lima peratus kanser tulang yang malignan. Ia paling kerap berlaku pada kanak-kanak biasanya antara umur lima hingga 20 tahun, selalunya pada tulang pelvis, tulang kaki, sendi bahu dan tulang rusuk. Pesakit akan mengalami kesakitan, bengkak dan juga demam sementara gambar X-ray akan menunjukkan kawasan dikenali ‘moth-eaten lesion’.

Malignant fibrous histiocytoma

Kanser jenis juga jarang berlaku dan lebih cenderung menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak. Ia biasanya terjadi pada tulang femur, tibia dan humerus.

Diagnosis

1) Radiografi

-X-ray adalah paling utama, digunakan untuk menentukan bahagian tulang yang terlibat, sama ada satu tulang sahaja atau banyak. Ciri-ciri yang terdapat pada X-ray boleh menentukan jenis kanser tulang (primary atau metastatik, benign atau malignan) pada bahagian yang terlibat.

2) Imbasan tulang

-Untuk menentukan keadaan (extension) kanser tulang tersebut, sama ada satu atau banyak, atau berada di bahagian tulang yang lain.

3) Imbasan CAT (computerized axial tomography) atau MRI (magnetic resonance imaging)

* Imbasan CAT untuk menentukan sama ada bahagian kanser tulang melibatkan bahagian ‘cortical’ tulang, menentukan sejauh mana kanser tersebut berlaku dan menentukan sama ada tulang yang terlibat patah atau tidak.

* MRI boleh menentukan kawasan tisu yang terlibat sama ada melibatkan kawasan ‘intra-medullary’ dan juga kawasan yang mengalami pembengkakan.

4) Biopsi

* Biopsi boleh dilakukan, biasanya untuk kanser tulang yang malignant. Biopsi dilakukan bagi mendapatkan sebahagian tisu dari bahagian tulang yang terlibat dan diperlukan untuk doktor membuat diagnosis yang tepat supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan.

Setelah imbasan CAT atau MRI dan juga biopsi bahagian tulang terlibat dijalankan, pengelasan kanser tulang dapat dilakukan dan rawatan bersesuaian dapat diberikan.

Rawatan

1. Pembedahan meruapakan cara rawatan paling berkesan untuk sebahagian kanser tulang primary yang benign. Sista tulang pula memerlukan rawatan ‘curretage’ dan graf tulang (bone grafting).

Bagi kanser tulang yang berasal dari tulang rawan seperti osteochondroma, ketumbuhan berkenaan perlu dibuang melalui pembedahan dengan tujuan untuk mengelakkan tulang patah, mengurangkan kesakitan dan mengelakkan dari menjadi malignant kelak.

Kanser tulang jenis osteoid osteoma juga memerlukan rawatan secara pembedahan untuk membuang bahagian ‘nidus’ untuk mengurangkan bahagian yang mengalami kesakitan.

Kanser sel tumor gergasi (giant cell tumour) pula memerlukan rawatan yang lebih agresif. Rawatan pembedahan seperti ‘curettage and bone grafting’ biasa dilakukan, tetapi terdapat 60 peratus kemungkinan ia boleh berulang. Kaedah radical curettage boleh mengurangkan peratusan kanser ini berulang sehingga serendah 15 - 20 peratus sahaja. Selain itu, pemotongan bahagian yang terjejas (amputasi) atau pemotongan dan pembentukan semula tulang juga boleh dilakukan.

2. Rawatan untuk kanser tulang primary yang malignant adalah lebih rumit serta sukar dan memerlukan penyiasatan rapi dan biopsi dilakukan. ‘Surgical staging’ diperlukan bagi menentukan cara rawatan yang terbaik.

* Pembedahan (amputasi atau ‘limb salvage’) adalah bergantung kepada pengelasan (surgical staging) bahagian kanser tulang yang terlibat.

* Pembentukan semula bagi menggantikan bahagian tulang yang dibuang (diaphyseal defect) boleh dibuat dengan graf tulang (autograft atau allograft). Bahagian tiruan (custom-made prosthesis) boleh juga digunakan untuk menggantikan bahagian kanser tulang yang telah dibuang.

* rawatan lain seperti radioterapi dan kemoterapi sering dilakukan untuk sebahagian besar kanser tulang yang malignan. Kemoterapi juga menjadi rawatan sampingan moden utama untuk osteosarcoma.

Elak buasir dari merebak

Ingin mengelakkan diri dari buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada buasir.

Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari buasir:

1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada buasir.

2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam

3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.

4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.