Thursday, June 12, 2008

Wanita + Tudung

Perempuan yang dipandang mulia adalah yang pandai menjaga budi pekertinya,

Walaupun dia tiada rupa tapi budi pekertinya sudah cukup untuk segala-galanya,

Perempuan yang dipandang hina adalah
perempuan yang cantik tetapi tiada adab
sopannya,

Walaupun dia cantik tetapi dia tetap hina kerana
perwatakannya.

Perempuan yang tidak cantik ditambah pula
perangainya yang kurang sopan,dimanakah
kedudukannya?

Ini kerana kadangkala perwatakan mencerminkan
keayuan.

Agama menegaskan tentang etika pemakaian
dalam seharian.

Yang seksi bukan diminati tetapi dipergunakan,

Yang sopan bukan disisih tetapi disegani.

Tidak guna bertudung tetapi memakai kain
sendat dan singkat.

Tidak guna bertudung tetapi memakai kain
terbelah dan jarang.

Yang paling penting,tidak guna bertudung tetapi
tudungnya disingkapkan.

Ini kerana kadangkala keayuan diserlahkan
melalui pemakaiannya

No comments: