Saturday, July 26, 2008

Main rogol-rogol

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.


Komen:

Apa la nak jadi ngan budak2 zaman skang nie.... skang ie nak salahkan sapa dalam membentuk anak2 kita. kalo dulu bila mendidik anak dengan hukuman rotan, org x kisah. Bila besar, jadi org yang berguna. Skang bila nak ajar anak, kata kita mendera anak. Masuk balai. Anak report. Hasilnya jadilah anak yang degil, manja. Akhirnya jadi x berguna. Camner agaknya pemimpin Malaysia pada masa tue.... fikir2 kan lah....

Gambar Kat Umah Tok Natar


Gambar nie x tau sapa yang amik... tp yang pastinya aku dah amik dari laptop adik aku. Gambar family yang tengah beratur tue, family pakcik aku sebelah ayah aku. Gambar nie adalah umah atuk kat kat Merlimau, Melaka. Atok aku dulu seorang penghulu kampung. Rumah nie agak unik skit. Ia ada 1000 misteri dalam pembuatannya. Lagipun kalo korang pernah tgk cerita lama2, umah atok aku ada masuk sekali. Tajuk cerita tue "Semarah Padi". Bila aku tgk balik umah nie aku rasa cam best jer. Tp skang kerajaan negeri Melaka dah amik umah nie untuk dijadikan umah model/contoh. Lebih kurang cam Rumah Melaka. Dorang dah cat semula rumah nie. Tp warna yang dicat skang nie ader yang x sama ngan warna asal. Apa2 hal korang tgk ar.

Hilangkan password

Cam mana nak hilangkan password masa mula2 buka pc bukan password window?

tu password BIOS
leh buang senang je

- on pc dan tekan DEL ketika proses POST (biasanya tekan del tp ada gak yg tekan F12, F10)
- bila dah masuk bios gi kat password dan enter 2 je biar kosong (cari la dalam bios tu ada password) lain mboard lain password dia letak
- kalau tak jumpa atau tak leh masuk BIOS, cara lain dengan reset CMOS bateri

senang je tu

How to read deleted SMS.... Nokia

FYI:

A SMS once deleted can’t be read again….but sometimes we hurrily delete some important SMSHere is the technique that must be followed to retrieve deleted SMS.Required utility:
1) Any system explorer or file explorer program (eg. fileman or fexplorer.provided with the package)
Step 1) Open Fexplorer
Step2) Select drive C: or D: depending on the memory in which the Sms messages have been saved.
Step 3) For example u selected c: , Then open “system” folder.
step 4) Then in “system” folder open “mail” folder.
step 5) Then in this folder u will see different folders (eg 0010001_s) and certain files (eg 00100000). These files are the actual messages. Browse through every folder and open all files till u get the sms u are looking for.
Step 6) For opening the files don’t choose options>file>pen as it will show format not supported rather choose options>file>hex/text viewer.By selecting the “Hex/ text viewer” u ll be able to open and read the deleted SMS message

try test ler

Makna Nombor Pada Tayar

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Rahsia perwatakan melalui bentuk kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.

Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda?

Kenalilah wataknya...

1.Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

YG MANA SATUKAH ANDA ATAU SI DIA?

Hikmah 5 Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.

Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.

Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak

langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga

adalah penyebab utama kegemukkan!



Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang

lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.



Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18, Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

>Glukosa

>Fruktosa

>Laktosa

>Maltosa

>Sukrosa

>Sirap Glukosa

>Sirap maple

>Molases

>Sirap hitam

>Sirap kencana

>Dektrosa

>Sorbitol



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis

yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".