Ramai yang kurang menggemari badam, namun tahukah anda kekacang ini mengandungi kuantiti lemak tidak tepu yang tinggi?
DENGAN kulit yang sedikit berkedut, ia mungkin kelihatan seperti kacang yang sangat biasa. Selain menjadi penghias atau bahan tambahan dalam kek, biskut dan coklat, badam mungkin sesekali diambil sebagai snek tambahan ketika menonton televisyen.
Tetapi itu pun bukanlah dalam kuantiti yang besar atau terlalu kerap. Masyarakat kita lebih terdedah menikmati biji bunga matahari atau labu, berbanding badam. Walaupun harga badam lebih mahal, tetapi khasiat yang terkandung dalamnya setaraf dengan harganya.
Jika anda fikir badam hanya sekadar snek kunyahan sewaktu menonton televisyen atau filem anda sebenarnya silap. Dengan nutrisi yang pelbagai dalam sebiji badam, anda pasti terkejut dengan kebaikan kesihatan yang ditawarkan oleh kacang yang berwarna coklat keperangan ini.
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Contohnya 30 hingga 40 gram badam menyediakan 45 peratus daripada keperluan harian vitamin E dan magnesium seseorang.
Tidak dapat dinafikan ramai individu terutamanya yang begitu menitikberatkan kesihatan kurang menggemari badam. Kacang badam dijauhi kerana mengandungi kuantiti lemak yang tinggi.
Bagaimanapun, berdasarkan pelbagai kajian yang dijalankan ke atas badam mendapati, 90 peratus daripada lemak dalam badam terdiri daripada lemak tidak tepu yang diperlukan tubuh.
Kandungan lemak tidak tepu yang tinggi dalam badam seperti dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi makanan yang baik untuk memerangi kolesterol jahat LDL dalam badan.
Dalam kebanyakan kajian yang dijalankan oleh saintis seluruh dunia merumuskan badam berfungsi dengan baik untuk kesihatan manusia ke atas empat penyakit atau masalah utama.
Badam mengurangkan paras kolesterol dengan merendahkan risiko darah tinggi, serangan jantung dan penghalang obesiti.
Beberapa kajian mengenai badam mampu mengurangkan paras kolesterol dijalankan oleh banyak universiti termasuklah Universiti of Toronto dan Pusat Penyelidikan dan Kesihatan, Amerika Syarikat (AS).
Salah satu daripada kajian itu mendedahkan 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi berjaya merendahkan paras kolesterol itu sebanyak 9.4 peratus selepas mengambil dua genggam badam setiap hari selama sebulan.
Selain itu, asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homosistein iaitu sejenis asid amino yang boleh menyempitkan saluran darah. Keadaan ini dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan hipertensi.
Beberapa jurnal juga menyiarkan manfaat badam termasuklah American Heart Associaton - Circulation dan Dietary Guidelines.
Sementara itu, International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders pula melaporkan diet yang diperkayakan dengan badam berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet kalori rendah seperti karbohidrat kompleks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
I will not agree on it. I over polite post. Specially the designation attracted me to be familiar with the intact story.
Amiable dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.
Post a Comment