Friday, September 26, 2008

Gelang Kaki

1) Gelang kaki adalah merupakan perhiasan untuk kaum wanita. Apa jenis perhiasan sama ada dipakai ditangan atau dikaki, dileher atau
badan adalah harus. Rantai atau gelang kaki bukan suatu yang baru. Tetapi telah dipakai sejak zaman sebelum Islam, Al Quran ada menyebut mengenai gelang kaki. Harus diingat bahawa Islam menyuruh wanita- wanita khususnya para isteri berhias. Tetapi tidak boleh dizahirkan kecuali yang lazimnya kelihatan. Perhiasan wanita hanya boleh dizahirkan kepada suami dan muhrimnya saja.

Firman Allah S.W.T surah An-Nuur ayat 31:-
Maksudnya:
"Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan. Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan-perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan."

Dari keterangan ayat di atas jelas dilarang menghentak kaki supaya menarik perhatian terhadap perhiasan yang dipakai. Maka sama juga
jika diletak loceng pada rantai kaki, ia akan berbunyi dan bunyi akan menarik perhatian. Maka Hukumnya adalah Haram.

2) Bunyi loceng juga disifatkan salah satu bunyi bagi memanggil jin dan syaitan. Dari itu dilarang kita memasang apa jua loceng atau alat
gantungan yang berbunyi bila ditiup angin dirumah-rumah kita kerana ini boleh mengundang mereka ( ) datang kerumah kita

No comments: