Friday, September 26, 2008

Kenali Virus Chikungunya - ancaman maut daripada Aedes

Kenali Virus Chikungunya - ancaman maut daripada Aedes

Apakah itu Virus Chikungunya ?

Virus Chikungunya adalah sejenis Alphavirus dan dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti. Anda pasti mengetahui yang Aedes aegypti juga menyebarkan virus Denggi di negara kita. Seseorang boleh dijangkiti jika digigit oleh nyamuk yang telah mengigit individu lain yang dijangkiti Chikungunya. Pada asalnya, monyet merupakan mangsa utama jangkitan virus Chikungunya. Namun spesies lain termasuk manusia tidak terkecuali.

Sejak kali pertama ditemui pada 1952 di Afrika, penyebaran virus Chikungunya tertumpu pada Asia Tenggara, Afirka dan Asia Selatan terutamanya di negera beriklim tropika. Namun sejak kebelakangan ini, virus ini mula menular di seluruh dunia termasuk Itali dan Australia. Kes pertama Chikungunya dilaporkan di Malaysia adalah pada 1999 di Pelabuhan Klang di mana 27 orang telah dijangkiti.

Tanda jangkitan dan simptom.

Tempoh eraman Virus Chikungunya adalah antara dua hingga empat hari selepas jangkitan. Biasanya mengakibatkan demam panas sehingga 39 t51; diantara tempoh dua hari dan baik secara tiba-tiba. Simptom - simptom yang lain ialah;
Ruam pada badan (kebiasaan), kaki dan tangan (jarang-jarang)
Sakit sendi (arthralgia) atau arthritis di beberapa sendi
Sakit kepala dan sedikit photophobia (takut pada cahaya)
Insomnia, letih dan lesu

Simptom-simptom di atas (selain demam yang susut selepas dua hari) biasanya berpanjangan selama 5-7 hari. Selain itu, tempoh sakit sendi biasanya bergantung kepada usia pesakit.

Diagnosis

Virus Chikungunya boleh didiagnosis melalui beberapa ujian iaitu, RT-PCR, pengasingan virus dan ujian serum. Tempoh beberapa hari diperlukan untuk mendapatkan keputusan daripada sesuatu ujian.

Rawatan

Seperti Denggi, tiada sebarang rawatan khusus untuk merawat jangkitan Chikungunya. Dan seperti juga Denggi, tiada sebarang vaksin wujud untuk mencegah jangkitan virus tersebut. Penggunaan ubat Chloroquine dipercayai boleh digunakan untuk merawati simptom-simptom seperti arthritis dengan kombinasi agen antiviral dalam rawatan jangkitan Chikungunya.

Daripada satu kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan, simptom-simptom seperti arthritis (akibat Chikungunya) tidak mampu dirawati oleh Aspirin dan ubat-ubatan Anti-keradangan bukan steroid ( non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). Namun, kajian itu mendapati, penggunaan Chloroquine dengan dos 250mg sehari memberi keputusan positif dan merawat simptom-simptom seperti arthritis pada jangkitan Chikungunya.

Prognosis

Proses penyembuhan daripada Chikungunya berbeza bergantung kepada usia pesakit. Pesakit dewasa biasanya sembuh sepenuhnya dalam tempoh 5-15 hari, pesakit di pertengahan umur mengambil masa 1 hingga 2.5 bulan untuk sembuh dan tempoh lebih lama diperlukan untuk pesakit yang berusia lanjut.

No comments: