1.Merawat demam campak
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering)
2.Menghilangkan parut
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.
3.Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
4.Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
5.Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
6.Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
7.Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
8.Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
9.Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
10.Sembuhkan kurap
Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.
selamat mencoba
11.Merawat penyakit buasir
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
yang penting,elakkan makanan pedas dan berempah...
12.Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
13.Mengurangkan Sakit Kepala
Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. insya-Allah kita tidakdi serang sakit kepala. Mencegah lebih baik dari mengubati.
14.sakit kepala
-Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
-Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
-Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
-Makanlah daun pokok Peria atau
-Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk
15.demam biasa
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau minumlah air rebusan bunga melor.
16.Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
Friday, September 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment