Friday, June 13, 2008

Doa Awal + Akhir Tahun

DOA AKHIR TAHUN:

doa akhir thn dibace sbnyk 3x pada
akhir waktu asar @ sblm masuk waktu
mghrib pd akhir bln ZULHIJJAH.

doa yang bermaksud:

Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan
Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian
Alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W.,
keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah,sesunggunya pada tahun ini
aku telah melakukan larangan-
laranganMu tetapi aku belum bertaubat
sedangkan Engkau tidak reda dan tidak
melupai perkara itu. Engkau telah
menangguhkan azabMu yang telah
ditetapkan kepada aku. Engkau telah
memerintahkan supaya aku bertaubat
daripada kesalahan-kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan daripada Engkau, ampunilah
aku. Dan apa yang aku lakukan pada
tahun ini yang Engkau reda dan Engkau
janjikan pahala. maka aku memohonya
daripada Engkau, ya Allah, ya Karim ya
Zaljalali wal Ikram. Terimalah
permohonanku ini dan janganlah Engkau
hampakan harapanku terhadapMu, ya
Karim. Selawat dan salam ke atas
Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.,
keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian
Alam.

FADHILATNYA:

sesiapa yg membaca doa akhir tahun
(zulhijjah),berkatalah
syaitan: "Kesusahan bagiku dan sia-
sialah perkerjaanku menggoda anak Adam
pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab
membaca doa ini Allah ampunkan dosanya
setahun".

DOA AWAL TAHUN:

doa ini dibaca 3x slps smyg mghrib pd
mlm 1 Muharam.

maksud doa sprti berikut:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian
Alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.,
keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, ENgkaulah yang kekal abadi
untuk selama-lamanya. Demi
kelimpahanMu Yang Maha Agung dan
kemurahanMu yang diyakini,
sesungguhnya pada tahun baru ini, aku
memohon daripada Engkau perlindungan
daripada syaitan yang direjam, konco-
konconya, tentera-tenteranya dan
penolong-penolongnya serta aku memohon
perlindungan daripada nafsu amarah
yang sentiasa mendorong ke arah
kejahatan dan melalaikan aku dengan
perkara yang tidak berfaedah daripada
mendekatkan diri kepada Engkau.
Selawat dan salam ke atas Junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w., ke atas
keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
Yang memelihara dan mentadbir Sekalian
Alam.

FADHILATNYA

sesiapa yang membaca doa awal tahun (1
Muharram), berkatalah syaitan: "Telah
amanlah anak Adam ini daripada
godaanku pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua malaikat
memeliharanya daripada fitnahku".

No comments: