Friday, June 13, 2008

Kaedah asas penjagaan kaki

Kaedah asas penjagaan kaki

Kaki perlu dibersihkan setiap hari (sebagaimana rutin kita menjaga muka) walaupun anda tidak mengalami masalah kaki berbau. Cuci kaki dengan sabun antibakteria dan dilap hingga kering, terutama pada celah jari kaki.
Pastikan kuku kaki sentiasa pendek bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
Pakai stoking yang dapat menyerap peluh dengan baik jika mahu memakai kasut bertutup.
Pakai stoking yang dibuat daripada benang bulu dan elakkan stoking sintetik.
Tukar stoking dan kasut setiap hari (atau selang selikan dengan kasut lain). Memakai kasut sama setiap hari akan menyebabkan masalah bau bertambah teruk kerana kelembapan yang terperangkap dalam kasut tidak sempat kering.
Menabur bedak dalam kasut boleh membantu penyerapan peluh yang masih terperangkap dalam kasut.

1 comment:

farah, s. said...

xtau lak bley tabur bedak..huhu.. btw thanks for sharing