Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kali ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Terutamanya ibu bapa aku yang berada di Klang. Adik-beradik aku kat sana. Kawan-kawan aku bersepah2 kat Malaysia (yang masa belajar kat Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Penang, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson). Tak lupa pada member yang bersama2 bekerja (Hotel Concorde Shah Alam, Cadai Trading, dll). Semua member yang aku kenal secara langsung atau tak langsung. Aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan dan minum. Kalo gurau terlampau ker, tampar jer... hehhehe.... x der3x. Kalo x der gurau, x ceria hidup. Hidup mesti nak happy. Hidup mesti nak happy.


Buat teman2 yang balik kampung di lebaran , selamat jalan ya ... Baik yang naik kereta api, pesawat terbang, kapal laut ataupun bawa kereta sendiri harus tetap waspada. Yang menggunakan kapal laut, ber hati-hati kalau bertemu atau ,buat yang naik pesawat jangan berebut2 , nanti tidak sampai-sampai. Buat yang bawa kereta sendiri, patuhi lampu-lampu ,selain menghindari urusan dengan juga agar tidak terjadi hal2 yang tidak diinginkan atau . Kal au ada yang balik menggunakan motorsikal jangan lupa sediakan sparepart dan jangan bawa laju-laju ,berbahaya!!! Ada yang masih bermasalah dengan tiket ?Jangan cuba2 pakai basikal atau cara ini dijamin tahun depan baru sampai ke tempat tujuan. Pembantu rumah tak payah balik indonesia supaya boleh uruskan rumah, , tanaman , binatang peliharaan atau lakukan apa2 hobi yang sebelum ini tak sempat dilakukan . Satu lagi, berhati-hati bagi yang bawa isteri yang hamil , jangan panik kalau ada yang agak luar biasa . Itu perkara biasa.
OK guys, have a nice trip ......jangan lupa kirim2 emel .

Selamat Aidilfitri , maaf zahir batin sengaja atau tidak disengajakan

.....salam buat keluarga di kampung halaman .

Saturday, September 27, 2008

I - Cage untuk penternak keli


Keghairahan kepada ternakan ikan keli di kalangan masyarakat semakin melonjak ketika ini dengan adanya teknologi baru yang diperkenalkan.

Tangki kitar semula kini antara yang popular selain penggunaan kanvas bagi menyaingi kaedah sedia ada iaitu ternakan dalam tangki konkrit atau kolam tanah.

Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Komen aku:

Aku cam berminat jer nak join... ader untooooong..... tp pikir kat mana nak letak, cancel rancangan. lagipun x der org nak uruskan. modal pun x der.



Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki AlSaiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam incilBahan - politilenalKapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.Spesifikasi Tangki BlTangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggilSesuai untuk semua jenis ikanlKegunaan- sesuai untuk ternakan komersiallCiri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara.

Friday, September 26, 2008

4 perkara yg perlu dielakkan..mggu pertama perkahwinan..

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar
dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari
Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1.Susu

2.Cuka

3.Coriander(Ketumbar)

4.AppleMasam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka enjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Gelang Kaki

1) Gelang kaki adalah merupakan perhiasan untuk kaum wanita. Apa jenis perhiasan sama ada dipakai ditangan atau dikaki, dileher atau
badan adalah harus. Rantai atau gelang kaki bukan suatu yang baru. Tetapi telah dipakai sejak zaman sebelum Islam, Al Quran ada menyebut mengenai gelang kaki. Harus diingat bahawa Islam menyuruh wanita- wanita khususnya para isteri berhias. Tetapi tidak boleh dizahirkan kecuali yang lazimnya kelihatan. Perhiasan wanita hanya boleh dizahirkan kepada suami dan muhrimnya saja.

Firman Allah S.W.T surah An-Nuur ayat 31:-
Maksudnya:
"Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan. Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan-perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan."

Dari keterangan ayat di atas jelas dilarang menghentak kaki supaya menarik perhatian terhadap perhiasan yang dipakai. Maka sama juga
jika diletak loceng pada rantai kaki, ia akan berbunyi dan bunyi akan menarik perhatian. Maka Hukumnya adalah Haram.

2) Bunyi loceng juga disifatkan salah satu bunyi bagi memanggil jin dan syaitan. Dari itu dilarang kita memasang apa jua loceng atau alat
gantungan yang berbunyi bila ditiup angin dirumah-rumah kita kerana ini boleh mengundang mereka ( ) datang kerumah kita

Biodata Iblis

Tahukan anda biodata IBLIS :

Nama: Iblis laknatullah


Tempat lahir: bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam


Kawasan legarnya: setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat: semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan: angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah.


Musuh ketat: Orang islam yang beriman dan bertaqwa


Kegemaran: melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk Ke neraka jahanam.

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: sebarang tatu

Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.

Rakan kongsi: golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti : orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tempoh perkhidmatan : sehingga hari kiamat..




Oleh itu.. Marilah kite dekatkan diri kepada Allah SWT dan kuatkan hati daripada godaan Iblis Laknatullah nihh...

Hukum Onani (Masturbasi) Bagi Lelaki & Wanita

Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

1.
Karena takut berbuat zina.
2.
Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Petua Khusyuk Dalam Solat

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya' ) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

25 Petua Doa Termakbul

PETUA-PETUA DOA MAKBUL

1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .

2. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah:

3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.

4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .

5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .

6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan.

7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .

8. Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60 yang bermaksud : Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)

10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.

11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :
Maksudnya : Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripada Atha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya . Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa , jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi as kepada Allah dalam munajat mereka .Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.

13. Mengadap ke arah kiblat .

14. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa

15. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk.

16. Hendaklah bertaubat serta dan kepada Allah sebelum memohon hajat.

17. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya.

18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).

19. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .

20. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.

21. Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara yang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkan siksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapi tidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)

22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.

23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.

24. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa .
Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut.
(HR at- Tirmizi dan al-Hakim)

25. Mengaminkan Doa yang dibacakan.

Yakjuj, Makjuj

Manusia terpenjara antara dua gunung ribuan tahun lalu muncul apabila dunia hampir kiamat
Oleh Nasron Sira Rahim

Fakta Yakjuj dan Makjuj
· Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering
· Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan 1,000 zuriat.
· Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah
· Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan dajal
· Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini, masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kemujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kemujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa apa. Tiada lagi kajian mengenai sejarah mewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kemujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kemujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98 manakala kebangkitan dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (Manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti ) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tunangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula Allah berfirman:
“ Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba tiba terbelahlah mata orang kafir. (Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr. Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembuk dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat.

“Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj, baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Bagaimana Yahudi Melemahkan Umat Islam

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendekiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka.


Oleh kerana cendekiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difahami.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada perzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan, senanglah mereka mengotak-ngatikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam. Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.


Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang, tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengotak-ngatikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggungjawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengotak-ngatikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung. Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.


Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakkan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji. Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.

Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.

Perihal Kencing

Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing...

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi
tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan
si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya" Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH,

GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Siapa Itu Qarin

Apakah itu Qarin..?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

8 Tindakan

1. UNTUK BADAN

Menjaga Kesihatan
Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umum kesihatan dari semasa ke semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat. Selain itu, ambil berat tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaan kekuatan itu dari segi kesihatan. Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan badan.

Menjaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itu diasaskan di atas dasar kebersihan.

Minuman dan Rokok
Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lain secara berlebih-lebihan. Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisap rokok. Ulasan penyunting: 1. Teh dan kopi (terutamanya Nescafe) adalah antara minuman yang boleh mengalakkan penyakit magrain. Minuman penyegar, khususnya yang bergas, boleh merosakkan bahagian perut. 2. Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak sebelas tahun yang lalu setelah "berhenti-henti" selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama (setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya) dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)

Riadah
Amalkan apa-apa riadah badan walaupun sekadar berjalan-jalan kaki sahaja. Jadilah ahli mana-mana pasukan pengembara jika umur anda munasabah dengannya.

Minuman Keras
Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan, dan minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang berbahaya.

2. UNTUK AKAL

Amalan Membaca
Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah kita sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar dan majalah bermutu. Jika anda golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan, usahakan sebuah perpustakaan khas peribadi, walaupun kecil, agar saudara berpeluang mendalami ilmu pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusan agama Islam sekira-kira membolehkan anda menggambarkan hakikat dan menimbang sama ada cocok atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan dakwah kita.

Mendalami Pengetahuan Islam
Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur'an dengan betul; dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan salafus soleh atau yang sangat mustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas bagaimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah s.w.t.

3. UNTUK BUDI PEKERTI

Berketerampilan
Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yang baik mahupun terhadap sesuatu yang baru; sama ada terhadap perkataan-perkataan mahupun terhadap perbuatan.

Berkata Benar
Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlah teragak-agak dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawasi diri sendiri ketika marah.

Berani
Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.

Serius
Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara daripada bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada-ngada.

Hindari Kejahatan
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

4. UNTUK SAKU

Bekerja Walaupun Sudah Kaya
Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kara-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang sesuai dan mencubanya sedaya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya dalam satu-satu kerja.

Teruskan Kerja
Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi janganlah pula menolaknya jika ada peluang. Janganlah lepaskan kerja yang ada kecuali kerja itu benar-benar berlawanan dengan tugas-tugas gerakan dakwah kita.

Jujur
Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; jangan sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.

Jangan Berjudi
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judi walaupun apa jua coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada di sebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun di sebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.

Hindari Riba
Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jual beli--bersihkan diri anda daripada sebarang bentuk riba.

Menyimpan dan Berjimat
Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak mustahak.

Hindari Maksiat
Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.

Berhemat
Hendaklah saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

5. UNTUK ORANG LAIN


Adil
Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walau apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudara menyayanginya. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan bermusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara sekalipun percakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.

Komited
Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang melegakan hati. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apa jua pun coraknya.

Belas Kasihan
Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah dengan orang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secara Islam dalam pergaulan sehari-hari--iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai atau mengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan begitu juga ketika hendak keluar daripada sesuatu tempat.

Hak
Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunaikan hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

6. UNTUK GERAKAN DAKWAH


Hindari Kumpulan yang Tidak Berfaedah
Anda hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada gerakan dakwah kita.

Tegakkan Kebiasaan Islam
Berusahalah sedaya upaya menghidupkan kebiasaan yang bercorak Islam dan perangi adat dagang dalam semua lapangan hidup, termasuk cara memberi hormat, tutur kata, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa bekerja.

Berhati-hati Bertindak
Jangan menonjolkan diri dalam apa jua mahkamah bukan Islam; iaitu dengan jalan tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa. Janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Ulasan: Bagaimana jika seorang naqib usrah sengaja mengeluarkan anaknya daripada taman asuhan kanak-kanak Islam dan menghantar anak itu ke tadika Kristian? Bagaimana dnegan ahli usrah yang meninggalkan sekolah kebangsaan dan menyekolahkan semua anak mereka di sekolah rendah berjenama Saint.)

Berkenalan
Kenalilah semua anggota cawangan sendiri. Perkenalkan diri sendiri kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawa anda benar-benar berasa kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong-tolongan dan buktikan bahawa anda mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan kepentingan diri sendiri.

Sumbangkan Harta untuk Gerakan
Sumbangkan sedikit daripada harta anda untuk gerakan dakwah. Janganlah pula lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Peruntukan sedikit harta untuk pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki, walaupun pendapatan anda sangat kecil.

Berdakwah dan Selalu Sedia
Berusahalah menyiarkan seruan dakwah ke segenap teluk rantau. Corakkan rumah tangga, keluarga dan semua rakan taulan dengan corak keislaman. Laporkan suasana yang mengelilingi anda kepada pucuk pimpinan. Hendaklah anda sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinan dari segi jiwa dan amalan. Malah kita hendaklah meminta persetujuan mereka terlebih dahulu dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri kita sebagai askar yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.

7. UNTUK TUHAN

Mengawasi Allah
Janganlah saudara terputus daripada mengawasi Allah. Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat sunat untuk menghampirkan diri kepada Allah. Banyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang ma'thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dalam setiap keadaan.

Amalkan Wirid Khas
Amalkan wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah saudara mengecualikannya melainkan sesuatu situasi cemas dan memaksa.

Bersih dan Kelalkan Wuduk
Peliharalah kebersihan yang nyata dan yang maknawi. Seboleh-bolehnya sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk.

Solat
Dirikan solat dengan betul dan pada waktu-waktunya yang ditentukan. Seboleh-bolehnya selalulah ke masjid dan berjemaah di sana.

Puasa
Hendaklah saudara berpuasa pada bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Haji
Hendaklah saudara menunaikan fardu haji jika mampu. Jika belum mampu, bekerjalah untuknya sekarang juga.

Beristighfar
Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan istighfar meminta ampun kepada Tuhan. Jauhkan diri daripada segala dosa besar dan dosa kecil.

Manfaatkan Masa
Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diri daripadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

Kawal Diri
Lawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya agar mudah saudara memimpin diri sendiri. Kawallah mata dan perasaan hati sendiri. Kuasailah desakan kemahuan dalam diri dan halakanlah semuanya itu kepada perkara yang halal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apa pun jua coraknya.

8. UNTUK KESEMUANYA

Kekal Niat Jihad
Hendaklah saudara sentiasa berada dalam keadaan niat berjihad dan untuk-Nya sedaya upaya.

Muhasabah
Sebelum tidur, peruntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini. Jika didapati jawapannya baik, bersyukurlah kepada Allah; tetapi jika dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah. Hendaklah saudara pinta pertolongan daripada-Nya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

Panduan Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

Jawatan Kosong

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang- orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:


Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat:
dari arasku tidak ada jalan masuk.


Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kanan,

maka puasa berkata kepadanya:

dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikatberpindah ke sebelah
kiri,

maka zakat berkata kepadanya:

dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan:
di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu

malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah
kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat
insya’Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)! Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a’lam.

Semoga kita bersama- sama berjaya dalam temuduga ini

Surah Yusof

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.

Carta Dosa

JASA ANDA DI DUNIA ==> ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT


1. Meninggalkan sembahyang
- Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang
- Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat
- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
- Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersama mu..

8.. Menyakiti hati orang dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk
- Amalan baik diambil orang

Catatan Amalan Manusia

1) Setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan
mendapat balasan samada pahala @ dosa.

2) Sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana ALLAH
akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

(a) Niat hendak buat baik/amal soleh tapi tak buat.....dapat 1 PAHALA

(b) Niat hendak buat baik/amal soleh dan buat.......dapat 10 PAHALA
sehingga 700 PAHALA,bergantung pada tahap keikhlasan seseorang.

(c) Niat hendak buat jahat tapi tak buat...dapat 1 PAHALA

(d) Niat hendak buat jahat dan buat kejahatan tersebut....dapat 1

* Menjauhi perkara mungkar dan maksiat juga dikira amal soleh.

3) Buku catatan amalan manusia terdiri daripada 99 gelung.1 gelung jaraknya sejauh mata memandang.

4) Antara makhluk yang akan menjadi saksi terhadap perbuatan manusia di akhirat kelak ialah ;
(a) Kulit
(b) Siang
(c) Malam
(d) Pokok
(e) Bulan
(f) Bintang
(g) Matahari

(Bertawassul dengan amalan soleh)

1) Setiap orang digalakkan memohon sesuatu kepada ALLAH terutamanya ketika menghadapi kesempitan dan
kesusahan.

2) Setiap orang boleh bertawassul(berperantaraan) dengan amal soleh yang dilakukan untuk memohon sesuatu...Contohnya : "Ya ALLAH...dulu aku telah melayani kedua ibu bapaku sebaik mungkin,jika aku lakukan itu semata-mata mencari keredhaan-Mu..tolonglah lapangkan rezekiku."

3) Terdapat 2 cara bertawassul :

(a) Dengan orang soleh yang masih hidup...Contohnya : minta orang alim tolong doakan.
Kalau orang soleh itu telah meninggal dunia..dilarang sama sekali untuk bertawassul dengannya.
(b) Dengan amal soleh yang kita buat...Contohnya seperti di atas(2).

Segala yang baik itu hanyalah daripada ALLAH....mudah-mudahan kita beroleh manfaat dan keredhaan ALLAH dunia dan akhirat. AMIN

Adat Walimatul Urus Yang Haram

Pengamalan adat nikah gantung adalah orang yang bertanggungjawab mengharamkan yang halal. Mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam bila mana ijabkabul dilafaskan dan disahkan, maka jadilah lelaki dan perempuan itu sebagai suami isteri yang sah, maka halallah bagi mereka apa yang diharamkan sebelum ini seperti persetubuhan dan sebagainya dan masing-masing mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan seperti nafkah dan sebagainya termasuk nafkah batin. Ketahuilah bahawa mengharamkan yang halal sama dengan syirik.

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.

Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”

Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuranantara lelaki dan wanita yang bukan muhram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”

Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:

“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa;…… perempuan yang bersifatdengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”

Sebuah hadis Rasulullah saw lagi:

“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina.”

Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiap menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”

Rasulullah saw. bersabda:

“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”

Air

Berhati-2lah

SEKARANG NIE KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN.. 19ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.BERHATI- HATI DENGAN JENAMA (AIR MINERAL) :-

1. AL- BARAKAH
2. AL-MANSOR
3. AL-BISTARI

P/S:-SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA @DIBELI..

SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN "HOLY WATER"
TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM /SAHABAT/SAHABIAH &DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM),AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE...

SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT

3 Soalan

3 SOALAN
========

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang
Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang
tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

"Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanya an saya?"
Pemuda bertanya. "Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan saudara." Jawab Guru Agama. "Anda yakin? sedang Profesor dan
banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya." Jawab Guru
Agama "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya" Pemuda : "Saya punya 3
pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka
memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?" Tiba-tiba Guru Agama
tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan
pemuda berkata "Kenapa anda marah kepada saya?" Jawab Guru Agama "Saya
tidak marah- Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda
ajukan kepada saya". "Saya sungguh-sungguh tidak faham", kata pemuda itu.

¯ Guru Agama bertanya "Bagaimana rasanya tamparan saya?". "Tentu
saja saya merasakan sakit", jawab beliau. Guru Agama bertanya " Jadi anda
percaya bahawa sakit itu ada?". Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru
Agama bertanya lagi, "Tunjukan pada saya wujud sakit itu!" " Tak boleh",
jawap pemuda. "Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya." Terang Guru Agama.
¯ Guru Agama bertanya lagi, "Apakah tadi malam anda bermimpi akan
ditampar oleh saya?". "Tidak" jawab pemuda. "Apakah pernah terfikir oleh
anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?" "Tidak" jawab
pemuda. "Itulah yang dinamakan Takdir" Terang Guru Agama.
¯ Guru Agama bertanya lagi, "Diperbuat dari apa tangan yang saya
gunakan untuk menampar anda?". "kulit". Jawab pemuda. "Pipi anda diperbuat
dari apa?" " Kulit " Jawab pemuda. "Bagaimana rasanya tamparan saya?".
"Sakit." Jawab pemuda. "Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka
terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat
menyakitkan untuk syaitan." Terang Guru Agama.

Manusia Yg Dapat Doa Para Malaikat

Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepa tan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Adab Menziarah

ZIARAH ORANG SAKIT


- Disunatkan meletakkan tangan kita di tempat yang sakit sambil membacakan basmalah dan mendoakan agar pesakit itu cepat sembuh dan banyak bersabar dengan ujian Allah.

- Sebaik-baiknya, elakkan daripada menceritakan pengalaman yang menakutkan berkaitan dengan penyakit orang yang diziarah.

Ini supaya cerita buruk yang disampaikan tidak sehingga menyakitkan hati pesakit atau menakutkannya serta merisaukan ahli keluarga yang lain.

- Bawalah buah tangan untuk menghiburkan hati pesakit.

- Sesuaikan waktu ziarah. Jangan berziarah setiap hari, melainkan atas kehendak atau permintaan pesakit. Sebaik-baiknya, datanglah berselang hari.

- Janganlah berada terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat.

- Nasihatkan pesakit supaya banyak bersabar.


ZIARAH ORANG NAZAK


- Sewaktu menziarahi orang yang sakit tenat (nazak) yang beragama Islam, disunatkan membaca Surah Yasin.

Hadis daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya kerana mengharap rahmat Allah dan akhirat, akan diampuni dosanya. Oleh itu bacakanlah ia kepada orang yang sedang nazak.

- Elakkan berbuat bising dan berceritalah perkara yang baik-baik sahaja.

- Hadapkan ke arah kiblat orang yang sedang sakit tenat.

Ini berdasarkan peristiwa yang diceritakan oleh Abu Qatadah, bahawa ketika Rasulullah s.a.w. sampai di Madinah, Baginda bertanya mengenai al-Barra bin Ma'rur.

Mereka yang hadir di situ menjawab : ``Dia telah meninggal dunia dan mewasiatkan satu pertiga daripada hartanya kepada Tuan.

``Dia juga mewasiatkan supaya dihadapkan ke arah kiblat apabila sakitnya tenat.''

Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Betullah pendapatnya itu.'' (Riwayat hakim dan Baihaqi)

- Orang yang sedang sakit tenat hendaklah diajar membaca kalimah tauhid, iaitu la ilaha illallah - Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Menurut Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda mengingatkan: Talkinkanlah (ajarkanlah) orang yang sakit tenat (hampir meninggal dunia) kalimah la ilaha illallah. (Riwayat Muslim).

Walaupun demikian, para ulama fikah berpendapat: ``Sungguhpun kita disuruh mengajarkan kalimah tauhid kepada orang yang sedang sakit tenat, tetapi janganlah terlalu kerap atau berturut-turut. Ini kerana kekerapan itu akan menyebabkan kebosanan.

``Selepas mengajarkannya sekali, jangan diulang lagi melainkan setelah dia mengucapkan perkataan lain.''


ZIARAH KEMATIAN

- Apabila berlaku kematian hendaklah diucapkan takziah kepada ahli keluarganya supaya bersabar dan mendoakan si mayat.

Menurut Usamah bahawa seorang anak perempuan Rasulullah s.a.w. memanggil Baginda serta memberitahu bahawa anaknya dalam keadaan hampir meninggal dunia (nazak), Rasulullah s.a.w. berkata kepada utusan itu: Kembalilah kamu kepadanya, dan katakan bahawa segala yang diambil dan yang diberikan, bahkan apapun juga kepunyaan Allah. Dialah yang menentukan ajalnya, maka suruhlah ia bersabar serta tunduk kepada perintah-Nya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Amat digalakkan sekiranya dapat membantu keluarga si mati dengan kerja-kerja pengurusan jenazah sehingga selesai di bawa ke tanah perkuburan.

- Sentiasa berusaha membantu meringankan beban waris si mati. Contohnya dengan menyediakan makanan kepada keluarga si mati disebabkan situasi mereka yang berada dalam kesedihan dan kekalutan.

Abdullah bin Jaafar menceritakan bahawa tatkala datang khabar meninggalnya Jaafar yang terbunuh, Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Buatkanlah olehmu makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang menderita kesusahan (kekalutan).'' (Riwayat lima orang ahli hadis kecuali Nasai)

9 Kategori Sembahyang

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang?

Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang.

Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah
sembah Tuhan bila kita sembahyang?

Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang.

Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9
sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang... takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum
sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain
embahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round
seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak
merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah
tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh
hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang
berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa
tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab
terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'.
Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik
tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua
didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat.
Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena
paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.


WALLAHUALAM..SEKADAR BERKONGSI

Laluan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

17 Kesalahan Berkaitan Solat

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:


1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).


2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).


3. Meninggalkan solat berjemaah.


Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).


4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.


5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
salam kedua.


8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."


11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).


12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).


14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).


15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan
Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.


16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).


17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

WALLAHUALAM...

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Maksud Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagiMaha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

10 Jenis Org Islam Yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata:

”Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin….

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat…. ….jangan setakat membaca tapi menghayatinya adalah amat penting.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat….

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur….Ingatlah kita juga bakal menetap disana….kalau kita nak orang sedekahkan kita doa pada satu masa nanti….kita terlebih dahulu sedekahkan apabila kita dah ada kat situ…..tak rugi….future investment….

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah…..Sabda rasulullah..Sembahyang jemaah itu 27 darjat kali lebih baik dari sembahyang bersendirian.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya….. Jangan kita jadi bodoh sombong….

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu……Kita diwajibkan menjaga silaturahim….Jangan kita sombong sesama islam.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang….Hormati sesama islam.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan ….. Bekerja, beribadat, berilmu, sopan dan santun itu tuntutan agama….oleh itu kita kena jaga dan laksanakan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan makanan…..Kita kena jaga jiran tetangga kita….kita kena bersedekah pada mereka kalau kita mampu….mereka lebih utama dari orang lain….

Insyallah kita boleh buat sedikit panduan dalam kita mencapai takwa…..

Kita jangan jadi orang yang kejam….kita harus renungi dimana kita sekarang….kalau kita ada ciri-ciri diatas maka kita mestilah berubah….kita usahakan bersama insyallah Allah akan memberikan kita rahmat dan hidayahnya……

10 Kaedah ( Lelaki )

Good info ni utk lelaki

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my atau kemabaik@gmail.com

AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:


1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap --> kalau selang sehari ok tak?

2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani

3) Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing

4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah

5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas--->kalau x pakai suar dlm terus ok tak?

6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone

7) Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan

8) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih

9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma

Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi

10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani

Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang

Kenali Virus Chikungunya - ancaman maut daripada Aedes

Kenali Virus Chikungunya - ancaman maut daripada Aedes

Apakah itu Virus Chikungunya ?

Virus Chikungunya adalah sejenis Alphavirus dan dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti. Anda pasti mengetahui yang Aedes aegypti juga menyebarkan virus Denggi di negara kita. Seseorang boleh dijangkiti jika digigit oleh nyamuk yang telah mengigit individu lain yang dijangkiti Chikungunya. Pada asalnya, monyet merupakan mangsa utama jangkitan virus Chikungunya. Namun spesies lain termasuk manusia tidak terkecuali.

Sejak kali pertama ditemui pada 1952 di Afrika, penyebaran virus Chikungunya tertumpu pada Asia Tenggara, Afirka dan Asia Selatan terutamanya di negera beriklim tropika. Namun sejak kebelakangan ini, virus ini mula menular di seluruh dunia termasuk Itali dan Australia. Kes pertama Chikungunya dilaporkan di Malaysia adalah pada 1999 di Pelabuhan Klang di mana 27 orang telah dijangkiti.

Tanda jangkitan dan simptom.

Tempoh eraman Virus Chikungunya adalah antara dua hingga empat hari selepas jangkitan. Biasanya mengakibatkan demam panas sehingga 39 t51; diantara tempoh dua hari dan baik secara tiba-tiba. Simptom - simptom yang lain ialah;
Ruam pada badan (kebiasaan), kaki dan tangan (jarang-jarang)
Sakit sendi (arthralgia) atau arthritis di beberapa sendi
Sakit kepala dan sedikit photophobia (takut pada cahaya)
Insomnia, letih dan lesu

Simptom-simptom di atas (selain demam yang susut selepas dua hari) biasanya berpanjangan selama 5-7 hari. Selain itu, tempoh sakit sendi biasanya bergantung kepada usia pesakit.

Diagnosis

Virus Chikungunya boleh didiagnosis melalui beberapa ujian iaitu, RT-PCR, pengasingan virus dan ujian serum. Tempoh beberapa hari diperlukan untuk mendapatkan keputusan daripada sesuatu ujian.

Rawatan

Seperti Denggi, tiada sebarang rawatan khusus untuk merawat jangkitan Chikungunya. Dan seperti juga Denggi, tiada sebarang vaksin wujud untuk mencegah jangkitan virus tersebut. Penggunaan ubat Chloroquine dipercayai boleh digunakan untuk merawati simptom-simptom seperti arthritis dengan kombinasi agen antiviral dalam rawatan jangkitan Chikungunya.

Daripada satu kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan, simptom-simptom seperti arthritis (akibat Chikungunya) tidak mampu dirawati oleh Aspirin dan ubat-ubatan Anti-keradangan bukan steroid ( non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). Namun, kajian itu mendapati, penggunaan Chloroquine dengan dos 250mg sehari memberi keputusan positif dan merawat simptom-simptom seperti arthritis pada jangkitan Chikungunya.

Prognosis

Proses penyembuhan daripada Chikungunya berbeza bergantung kepada usia pesakit. Pesakit dewasa biasanya sembuh sepenuhnya dalam tempoh 5-15 hari, pesakit di pertengahan umur mengambil masa 1 hingga 2.5 bulan untuk sembuh dan tempoh lebih lama diperlukan untuk pesakit yang berusia lanjut.

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima' di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

- Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

- Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Kenapa 90% cubaan untuk menguruskan badan gagal

Nak syer kenapa cubaan menurunkan berat badan biasanya menemui jalan buntu.
Sebab utamanya adalah kerana
memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!
Jalan Salah: Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
Kesan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma
turun mendadak. Lemak masih kekal.
Keputusan: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama
beberapa KG lagi sebagai saguhati.

Jalan Salah: Ambil pil pelangsingan.
Kesan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
Keputusan: Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.

Jalan Salah: Makan buah-buahan sahaja.
Kesan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan
kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Keputusan: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!

Masalah
Lemak terlalu banyak

Kebanyakan Diet
Pengurangan otot & air, tubuh didera

Selepas Diet
Otot tiada untuk pembakaran kalori
Tubuh simpan lebih banyak lemak!

Soy Reduces Sperm Count: Study

Sorry, artikel dlm b.i.

Soy Reduces Sperm Count: Study

Eating or drinking a lot of products containing soy and isoflavones can result in reduced sperm count among men, a Harvard School of Public Health study has shown.

"There has been a lot of interest on whether soy affects fertility because many studies in animals suggest that this is the case, but there are very few studies in humans," said researcher and lead study author Jorge Chavarro.

"This only the third study to look at whether soy food has a relationship with fertility in humans and the first one to find an association in agreement to the animal studies," he told AFP.

Soy contains isoflavones, an organic compound which acts like female hormones and appears to impede a man's ability to produce sperm.

"Isoflavones are structurally similar to estrogen and can mimic the action of estrogen in the body," said Chavarro.

"Soy is expected to have estrogen-like activity in many organs and tissues which can be beneficial for some things but it's certainly not beneficial for sperm production, at least that's what animal models suggest."

The Harvard study examined the soy intake of 99 men, determined to be part of couples experiencing fertility difficulties, over the course of three months.

"There was an inverse association between soy food intake and sperm concentration that remained significant after accounting for age, abstinence time, body mass index, caffeine and alcohol intake and smoking," the study said.

Those who ate the most soy had 41 million sperm per milliliter less than men who did not eat soy. An average man has between 80 million and 120 million sperm per milliliter.

Kurma

MENURUT Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.” (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).

Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa.

Kajian sains terkini turut memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi kebanyakan nutrien penting yang diperlukan badan. Sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang tarawih pada malam hari sepanjang Ramadan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.

Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.


Mencegah

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar.

Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

l Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

l Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

l Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

l Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

l Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

l Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja. Kelebihan buah ini juga bukan hanya untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia patut mencubanya.

Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah. Ini diharapkan dapat meningkatkan diet buah kurma di negara ini supaya khasiat dan kelebihannya dapat dinikmati ramai dan bukan hanya dinikmati pada masa tertentu sahaja. Kurma banyak kelebihannya dan bukan hanya untuk Ramadan semata-mata.

Hilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudianketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Gila meroyan

Lelaki fahamkah keadaan ini?

Kalau suami cepat-cepat faham tanda-tanda isteri meroyan tentu ia tidak melarat teruk. Sanggupkah ibu yang tahap kesihatan mentalnya normal menghempuk anaknya dengan seterika panas? Atau merendam bayi sehingga lemas di dalam besin mandi? Mencekik bayinya kerana menangis?

Ibu itu pula berpelajaran dan datang daripada keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Mengapa dia sanggup atau sampai hati berbuat begitu? Ada mendera dan tidak kurang yang membunuh terus. Mesti ada yang tidak kena ni…

Logikkah ibu yang bersusah payah mengandung anak sembilan bulan berbuat begitu? Baik tak payah mengandung atau beranak terus.

Sebenarnya, ramai yang sudah tahu keadaan ini terutama wanita. Ramai yang tahu ada suatu penyakit yang menyerang wanita selepas melahirkan, yang membuatkan dia hilang pertimbangan atau lebih tepat lagi mengalami gangguan mental. Wanita begini diistilahkan masyarakat sebagai gila meroyan. Bunyinya memang kejam dan ada unsur-unsur menghina. Kita biasanya akan marah jika kaum keluarga kita dikatakan berpenyakit itu. Kalau boleh kita mahu sorok-sorokkan lagi.

Namun sebenarnya, keprihatinan lelaki yang merupakan orang paling terdekat isteri adalah paling penting dalam situasi isteri meroyan ini. Persoalannya, adakah lelaki tahu atau buat-buat tidak tahu kerana menganggap sebagai 'penyakit' wanita yang diibaratkan seperti datang bulan saja.

Pada kebanyakan kes isteri meroyan, pihak suami acap kali menganggap pasangan mereka berubah laku itu sebagai semula jadi. Keadaan inilah yang membuatkan keadaan menjadi semakin teruk. Apabila suami tidak memahami. Sedangkan penyakit ini perlu diberi bantuan rawatan awal.

Lagi malang apabila pihak keluarga pesakit tidak percaya dengan perubatan moden dan menganggap meroyan hanya boleh dirawat dengan perubatan tradisional saja. Di sinilah juga sepatutnya terletaknya kebijaksanaan suami. Jika mereka memahami keadaan dan cepat bertindak menyelamatkan keadaan, mungkin nyawa dapat diselamatkan.

Untuk lelaki dan masyarakat sekalian, anda sepatutnya lebih mengetahui tentang 'penyakit' ini! Masyarakat dan suami terutamanya harus sedar yang postnatal depression adalah suatu penyakit yang perlu dirawat.

- Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

- Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Tanda-tanda meroyan boleh dilihat seawal dua hari selepas bersalin. Tanda-tandanya termasuk:

1) gangguan tidur

2) keresahan

3) sensitif

4) rendah diri

5) kurang selera makan

6) selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia
realiti akan hilang.

Bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu. Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.


Faktor yang menyebabkan meroyan

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental inil Antaranya:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

Suami selalu tidak memahami tekanan emosi si isteri
- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak kehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa. Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan. Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.


Rawatan?

- Dikatakan kurang 70 peratus wanita yang terbabit akan sembuh dengan rawatan yang betul. Risiko penyakit berulang selepas kelahiran seterusnya lebih kurang 15 peratus. Dalam proses rawatan, faktor jika adanya ahli keluarga lain yang berpenyakit mental dan pertelingkahan suami isteri akan menjejaskan proses pemulihan pesakit. Adalah lebih baik pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam di hospital jika keluarga tidak dapat mengawalnya. Selain ubat-ubatan, kaunseling hubungan suami isteri perlu dibuat serentak memandangkan wanita berpenyakit ini amat membenci hubungan seksual. Jadi kaunseling amat perlu bagi menyelamatkan rumahtangga.

- Sokongan emosi orang terdekat. Tidak banyak kajian dilakukan ke atas punca berlaku postnatal depression dan perubahan hormon merupakan faktor kecil saja. Faktor sekitar lebih menyumbang kepada tekanan itu. Bagi yang pertama kali melahirkan, sokongan moral dan emosi daripada orang terdekat amat perlu seperti suami. Sokongan suami merupakan penawar yang paling mujarab.

- Ahli keluarga perlu bekerjasama mengembalikan keyakinan dan keriangan ibu yang tertekan. Pujuk dan bimbing dia selalu. Ingatkannya supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Mohon ketenangan melalui solat dan doa.


Persediaan sebelum menimang cahaya mata.

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.


Wahai suami!!!
Pekalah dengan perubahan isteri. Lelaki sepatutnya lebih didedahkan dengan penyakit ini kerana mereka orang terdekat isteri. Mungkin dalam kursus pra perkahwinan, penceramah perlu menggalakkan lelaki supaya lebih mengetahui tentang penyakit wanita dan kemungkinan terjadi meroyan. Lelaki sendiri perlu banyak membaca atau bertanya pada yang lebih tahu terutama doktor

Penyakit ini penting dikesan dan diketahui lelaki supaya tidak terjadi seperti satu kes di Texas, bapanya meninggalkan anak sendirian dengan ibu bermasalan yang mengakibatkan tangan anak mereka dipotong. Si suami mengaku yang isterinya berkeadaan ganjil selepas kelahiran anak ketiga mereka tetapi masih keluar bekerja seperti biasa.

Serangan Jantung

http://www.syok.org/image/reg/images/a584ad514e4bcaaba303a0f4a987fe9231835172.jpeg

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Ketuat

Petua Menyembuhkan Ketuat

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

1) Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.

2) Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

3) Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

4) Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

rasanya yang ni menjadi

5) Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

ni yang aku jumpa kat tenet cubalah

aku dulu ketuat kat kaki..lepa cakap ketuat ni jadi pasal kena darah ayam..tul ke?
aku buang pakai pisau ja

Lipstick

Something to consider
Next time you go shopping for
Lipstick.......

This comes from someone
Who works in the breast cancer unit at

Mt. Sinai Hospital , in Toronto .

From: Dr. Nahid Neman

If there is a female you care anything about,
Share this with her.

I am also sharing this with the males on my e-mail list, Because they need to tell the females
THEY care about as well!

Recently a lipstick brand called 'Red Earth'
Decreased their prices from
$67 to $9.90.
It contained lead.
Lead is a chemical which causes cancer.
The lipstick brands that contain lead are:
CHRISTIAN DIOR
LANCÔME
CLINIQUE
Y.S.L
ESTEE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content,
The greater the chance of causing cancer.

After doing a test on lipsticks,
It was found that the Y.S.L. Lipstick
Contained the most amount of lead.

Watch out for those lipsticks
Which are supposed to stay longer.

If your lipstick stays longer, it is
Because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick colour changes to black,

Then you know the lipstick contains lead.
Please send this information to all your girlfriends,
Wives and female family members.

This information is being circulated at
Walter Reed Army Medical Centre

Dioxin Carcinogens cause cancer,
Especially breast cancer

Reasons for sleeping and waking up early

Evening at 9 - 11pm: is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on
health.

Evening at 11pm - 1am: is the detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.

Early morning 1 - 3am: detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.

Early morning 3 - 5am: detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am: detoxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9am: absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick.

Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 - 10am rather than no meal at all.

Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from 4:00 am is the time when the bone marrow produces blood. Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH

Live Life Without Limits!

AND PASS THIS EMAIL TO WHOM YOU CARE

The top five cancer-causing foods are:

1. Hot dogs
Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.


2. Processed meats and bacon
Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams, may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.


4. French fries
Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies
All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose label claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.


BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5.Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------



The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule."

DO TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH...... ......... ...
AND PASS THIS TO ALL WHOM YOU LOVE & CARE FOR......... ......... ....
SAFETY FIRST!!!

Petua Jaga Rambut

Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.

Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.


Masalah rambut gugur?

Ha,sebelum terlambat... Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.

Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala

1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.

Rambut berkelemumur?

Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil..



MELEBATKAN RAMBUT ANAK ( SELEPAS BERSALIN )


Untuk melebatkan rambut anak setelah dicukur, sila gunakan petua ini;

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur.
Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.
Sapukan di kepala bayi.

MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING.

Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.

Khasiat Peria

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.

Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

Tips Kesihatan

1.Merawat demam campak

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering)

2.Menghilangkan parut

Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.

3.Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

4.Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

5.Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

6.Menghilangkan jerawat batu

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

7.Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

8.Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

9.Mengempiskan Perut

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

10.Sembuhkan kurap

Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.

selamat mencoba

11.Merawat penyakit buasir

Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

yang penting,elakkan makanan pedas dan berempah...

12.Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

13.Mengurangkan Sakit Kepala

Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. insya-Allah kita tidakdi serang sakit kepala. Mencegah lebih baik dari mengubati.

14.sakit kepala

-Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
-Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
-Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
-Makanlah daun pokok Peria atau
-Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk

15.demam biasa

Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau minumlah air rebusan bunga melor.

16.Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Mitos Hubungan Seksual

Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks

Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia


Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid

Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan

Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar

Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali

Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

mitos 7: Zakar besar bila beronani

Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

mitos 8: Onani boleh mandul

Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.

mitos 9: Seks berkait dengan etnik

Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.

mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme

Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

Badam

Ramai yang kurang menggemari badam, namun tahukah anda kekacang ini mengandungi kuantiti lemak tidak tepu yang tinggi?


DENGAN kulit yang sedikit berkedut, ia mungkin kelihatan seperti kacang yang sangat biasa. Selain menjadi penghias atau bahan tambahan dalam kek, biskut dan coklat, badam mungkin sesekali diambil sebagai snek tambahan ketika menonton televisyen.

Tetapi itu pun bukanlah dalam kuantiti yang besar atau terlalu kerap. Masyarakat kita lebih terdedah menikmati biji bunga matahari atau labu, berbanding badam. Walaupun harga badam lebih mahal, tetapi khasiat yang terkandung dalamnya setaraf dengan harganya.

Jika anda fikir badam hanya sekadar snek kunyahan sewaktu menonton televisyen atau filem anda sebenarnya silap. Dengan nutrisi yang pelbagai dalam sebiji badam, anda pasti terkejut dengan kebaikan kesihatan yang ditawarkan oleh kacang yang berwarna coklat keperangan ini.

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Contohnya 30 hingga 40 gram badam menyediakan 45 peratus daripada keperluan harian vitamin E dan magnesium seseorang.

Tidak dapat dinafikan ramai individu terutamanya yang begitu menitikberatkan kesihatan kurang menggemari badam. Kacang badam dijauhi kerana mengandungi kuantiti lemak yang tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan pelbagai kajian yang dijalankan ke atas badam mendapati, 90 peratus daripada lemak dalam badam terdiri daripada lemak tidak tepu yang diperlukan tubuh.

Kandungan lemak tidak tepu yang tinggi dalam badam seperti dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi makanan yang baik untuk memerangi kolesterol jahat LDL dalam badan.

Dalam kebanyakan kajian yang dijalankan oleh saintis seluruh dunia merumuskan badam berfungsi dengan baik untuk kesihatan manusia ke atas empat penyakit atau masalah utama.

Badam mengurangkan paras kolesterol dengan merendahkan risiko darah tinggi, serangan jantung dan penghalang obesiti.

Beberapa kajian mengenai badam mampu mengurangkan paras kolesterol dijalankan oleh banyak universiti termasuklah Universiti of Toronto dan Pusat Penyelidikan dan Kesihatan, Amerika Syarikat (AS).

Salah satu daripada kajian itu mendedahkan 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi berjaya merendahkan paras kolesterol itu sebanyak 9.4 peratus selepas mengambil dua genggam badam setiap hari selama sebulan.

Selain itu, asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homosistein iaitu sejenis asid amino yang boleh menyempitkan saluran darah. Keadaan ini dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan hipertensi.

Beberapa jurnal juga menyiarkan manfaat badam termasuklah American Heart Associaton - Circulation dan Dietary Guidelines.

Sementara itu, International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders pula melaporkan diet yang diperkayakan dengan badam berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet kalori rendah seperti karbohidrat kompleks.

Ubat Batuk & Selesema Pembunuh

Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital -
Gleanagles)

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK
ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA
BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA
UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

Kepada Semua,

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE
Sedang ditarik balik.

Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di
Semua kotak ubat Dan bertanyakan tentang bayaran
Balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah
Daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah
Satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi
PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan
Pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di
Kalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga Hari
Selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan
Untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang
(termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant

2. Plus Dietary Supplements

3. Acutrim Maximum Strength

4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus

5. Children's Cold Medicine Effervescent

6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau Oren)

7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original

8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent

9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent

10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent

11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent

12. BC Allergy Sinus Cold Powder

13. BC Sinus Cold Powder

14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief

15.. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief

16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules

17. Contac 12 Hour Caplets

18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus

19. Dexatrim Caffeine Free

20. Dexatrim Extended Duration

21. Dexatrim Gelcaps

22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free

23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets

24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels

25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir

26. Dimetapp Elixir

27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels

28. Dimetapp 4 Hour Tablets

29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets

30. Naldecon DX Pediatric Drops

31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal
Congestion

32. Triaminic DM Cough Relief

33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion

34. Triaminic Syrup Cold & Allergy

35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan
Secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana
Mengandungi campuran yang menyebabkan stroke Dan
Serangan mengejut kepada kanak-kanak:

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold
& Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan
Menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan
Mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut Dan mereka
Akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda
Mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk
Melawati laman web ini :

http://www.fda.Gov/

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR
MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK
MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Khasiat tersirat

1. Roti penuh mil dan kentang
Nikmatilah roti dan kentang! Anda pasti berasa lega dan ceria berbanding dengan mereka yang suka menikmati makanan yang berlemak. Roti dan kentang merupakan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Kentang juga kaya dengan triptofan.

2. Susu rendah lemak
Wanita digalakkan untuk minum susu rendah lemak kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan terutamanya menjelang sindrom pra-haid. Susu rendah lemak kaya dengan kalsium dan triptofan. Segelas susu rendah lemak boleh menyenangkan hati anda.

3. Labu
Labu merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B6. Jesteru itu, labu dapat menceriakan anda dan memberi ‘mood’ yang baik.

4. Bayam
Bayam kaya dengan folat yang dapat membantu untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan jiwa. Kebanyakan sayuran hijau merupakan sumber folat yang baik.

Petua Dan Penyakit

1.Menurunkan Darah Tinggi

- Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Makanlah biji buah Peria.
- Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
- Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
- Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
- Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

2. Kencing Manis

Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

3.Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik

Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi

4.Tajamkan Penglihatan

Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

5.Cara Elakkan Stroke

1) Modify behaviours!! (paling penting!)
-dont smoke
-lower Blood pressure
-lower cholesterol
-NO alcohol
-control diabetes

2) Exercise

3) kekalkan berat badan yg seimbang

4) makan byk buah2an, sayur2 eg:broccoli, kobis, cauliflower atau minum juice

5) Kalo tuk org yg ade high risk of stroke, Dr akan kasi ubat2 tuk prevent stroke attack


Stroke, kalau dikesan awal dan dirawat secepat mungkin boleh tuk dikurangkan kerosakkan otak yg dah berlaku tu..
FYI, bila ade blockage kat salur darah ke bahagian otak tertentu, bahagian tu cume leh survive less than 5 min sblm irreversible damage berlaku.. Tp kalo rawatan segera diberi, kawasan surrounding kawasan yg dah rosak tu boleh diselamatkan lagi..

Kesimpulannye terutama kpd lelaki yg merokok, prevent stroke yg boleh mengakibatkan mcm2 disabilities eg:coma, lumpuh, etc.

Menyembuhkan gusi bengkak

Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh.

Tips Kesihatan Dan Kecantikkan Untuk Wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

"Wanita... sumber ilham selalu.."

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan.
Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan.
Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear.
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Sudah banyak kali diceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Menurut pandangan seorang doktor

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demam atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Semakin Sukar Hamil

Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan di dalam air paip di rumah boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik.

"KENAPA abang nak ceraikan saya? Abang dah tak sayangkan saya?" tanya Solehah pada suaminya.

"Sebab kau tak dapat bagi aku anak," jawab Nazri, menuding jari.

Pasangan ini berkahwin sejak lima tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum dikurniakan cahaya mata.

Persoalannya, sejauh manakah isu saling menyalahkan antara pasangan suami isteri seperti ini dapat diterima?

"10 tahun lalu, kemandulan yang berpunca daripada suami adalah 25 peratus. Tetapi kini, ia sudah melepasi 50 peratus," ujar Dr. Prashant Nadkarni dari Pusat Kesuburan dan Ginakologi Kuala Lumpur.

Malah menurut beliau, sejak 10 tahun lalu, dijangkakan bilangan sperma berkurangan sehingga satu peratus setiap tahun.

Menjelaskan separuh daripada puncanya tidak dapat dijelaskan, sebahagian lagi bagaimanapun menyingkap cabaran baru untuk didepani dan dicari penyelesaiannya.

"Masalah yang paling ketara ialah bilangan masyarakat kita yang menghidap obesiti semakin tinggi. Lemak berlebihan pada mana-mana bahagian badan cenderung untuk menghimpit dan memberi tekanan ke atas testikal.

"Keadaan ini akan menyebabkan testikal memerangkap lebih banyak haba dan seterusnya merosakkan sel sperma sedangkan sel sperma sangat sensitif terhadap haba," tambahnya.

Turut menyuarakan penyebaran haba yang baik penting dalam memastikan testikal tidak memerangkap terlalu banyak haba, Prashant berkata satu kajian yang dijalankan lebih daripada tiga tahun lalu telah membawa kepada penemuan yang merisaukan.

"Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di sekitar Lembah Klang beberapa tahun lalu mendapati air yang kita gunakan setiap hari, yang keluar melalui paip di rumah, mengandungi 20 kali ganda bahan berasaskan hormon wanita, iaitu estrogen, berbanding yang sepatutnya.

"Penemuan ini membawa kepada perkaitan kemandulan di kalangan lelaki di negara ini kerana kehadiran hormon estrogen yang berlebihan boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik yang diperlukan untuk mempersenyawakan sel telur.

"Hormon yang dipercayai datang daripada hasil ternakan ladang yang disuntik untuk mendapatkan daging yang lebih banyak itu tidak dapat ditapis atau dibersihkan sepenuhnya," katanya.

'Pencemaran' alam sekitar ini dikhuatiri mungkin menjadi faktor penyumbang terbesar kerana hampir seluruh negara dibekalkan air yang dikitar semula.

Malah trend berkahwin lewat usia (mcm kata kat pakcik jer doktor nih )dan pengambilan makanan yang menggunakan racun serangga serta penggunaan racun serangga juga menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan anak.

Dengan situasi seperti ini, tidak mustahil negara akan berdepan dengan masalah baru iaitu penggantian populasi yang diperlukan untuk mengimbangi kadar kematian dan kelahiran penduduk.

Bagaimanapun, kata Prashant, situasi perkembangan dunia perubatan di Malaysia amat baik berbanding negara membangun yang lain.

"Pada hari ini, kesedaran tentang kemandulan sudah cukup luas. Orang ramai sudah terbuka untuk berjumpa dan merujuk doktor bagi membantu mereka menyelesaikan masalah kesuburan, sama ada pada isteri mahupun suami.

"Unit fertiliti juga bercambah dengan pantas dan diwujudkan hampir di setiap pusat kajian perubatan yang ada di seluruh negara," katanya yang menyifatkan ia senario yang sihat kerana isu ketidaksuburan kini dipandang serius.

Menyentuh tentang rawatan, Prashant berkata, perkembangannya pada hari ini menunjukkan perubatan yang ditawarkan semakin efektif berbanding 10 tahun lalu.

"Sekarang, keberkesanan perubatan membuka peluang untuk wanita hamil sehingga 50 peratus.

"Malah biarpun Malaysia tidak menjalankan sendiri kajian tentang situasi kesihatan ini, ia sentiasa mengikuti perkembangannya di peringkat antarabangsa," ujar Prashant, menyenaraikan beberapa rawatan berteknologi tinggi yang sudah berada di Malaysia dan dapat dinikmati oleh semua peringkat usia, berupa tiub uji biopsi embrio.

Peringatan mengenai makanan

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya,
sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Apa bendanya karsinogen tu?

(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C!
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh". Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa
yang panjang dan ini bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru
keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's
Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami
memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah
mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan
menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat
barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat
sahaja.

Tanda-tanda Amaran Stress

  1. Kesan Terhadap Jasmani Dan Kesihatan

    -kerap gigit bibir.
    -mulut dan tekak mudah kering.
    -kerap jilat bibir.
    -sering ketap gigi dan geraham.
    -jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
    -menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
    -menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
    -mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
    -tekanan darah meningkat.
    -lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
    -nadi laju.
    -susah lelap untuk tidur.
    -mudah letih.
    -suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.
    -percakapan laju.
    -menggigit kuku.
    -kerap mengkebil mata.
    -mata atau kening mata sering bergerak.
    -ketawa tidak menentu.
    -suka menghentak lantai dengan kaki.
    -buang air besar tidak menentu.
    -kerap buang air kecil.
    -pusingan haid yang tidak menentu.

    2. Kesan Atas Gaya Makanan

    -kuat makan.
    -selera untuk gula-gula meningkat.
    -mudah hendak mendekati arak.
    -mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

    3. Kesan Atas Hubungan Sesama Manusia


    -mudah membenci.
    -sukar hendak mempercayai orang lain.
    -hilang minat dalam hubungan kelamin.
    -sukar meni’mati keakraban.
    -lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
    -lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
    -tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.



4. Kesan Atas Perkara-Perkara Yang Mudah Dibenci


-bunyi pintu ditutup dengan kuat.
-bunyi telefon berdering.
-bunyi wang syiling.
-bunyi kunci.
-suara orang lain mengeluh.
-bunyi kertas bergesel.

5. Kesan Atas Emosi Dan Sikap


-bersikap negatif dan pesimis.
-mudah sedih dan gusar.
-terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
-hilang arah hidup.
-merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
-merasa bakhil.
-tidak kasihan terhadap orang lain.
-mudah tersinggung.
-mudah bimbang.
-sukar memberi tumpuan.
-mudah merasa malu.
-mudah merasa salah.
-mudah merasa tercabar.
-kurang sabar.
-hilang maruah dan martabat diri.
-mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.

Bahasa Tubuh Tanda-Tanda Stres

-bahu meninggi dari biasa.
-kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
-tangan mudah menggigil.
-pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
-pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
-mengerut kening.
-sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
-meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
-sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
-menggenggam tangan sambil bercakap.
-lengan menyilang perut.
-tangan tidak boleh berdiam.
-buat kerja dengan gerakan bising.
-kelipan mata yang lebih laju.
-kurang senyum.

Ubat Sendawa

Sendawa ni udara yg masuk bersama ngan makanan yang kita makan.... mulut>esofagus>perut...
sekiranya di dlam perut, udara ni berada di atas makanan, dia akan keluar sebagai sendawa... tapi sekiranya udara ni berada di bawah makanan, dia akan keluar sebagai kentut... heheheheh...

ikut la cara islam, makan tu baca bismillah dulu...jgn bercakap banyak time makan... kunyah 40 kali sebelum telan...

kurangkan minuman berkarbonat...

Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Diet Nabi Muhammad s.a.w.

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.



Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Khasiat Kulit Manggis

Kulit manggis jemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masuk dalam
capsule.
Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalah
RM900.00+
Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????


KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown
to be capable of killing cancer cells/Mencegah

kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood
sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.

GOUT
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.
Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit
dia, hiris macam asam

keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam.
Sedia di minum apabila

menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi
enak.

Pernah terbaca satu artikel di Majalah Kesihatan. Ekstrak kulit manggis
di jual usd240 di USA. Atau RM900.00

Wanita tak dapat diskaun zakat maki amil

KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.

Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.

Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.

Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat.


Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat.

Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya.

Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit ‘mengamuk’ wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu.

Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya.

Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu.

Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya.

“Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit.

“Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit.

“Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu.

“Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati,” katanya.

Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.


Komen aku:

Adoi... kelakar la pulak.... leh mintak diskaun lak.... akak..... nie bukan ikan leh tawar harga @ diskaun. zakat nie nak bagi org2 yang x mampu @ anak2 yatim.

x kan nak diskaun kot. akak kalo makan ader diskaun2 gak ker... hahhahaaaa.....